Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Bila Penginapan Ditaja : Hotel Berjaya Times

Laterpost.
Dah lama rasanya saya tak update pasal hotel review. Selalu saja lupa. Sementara saya dalam mode holiday, menunggu 'gate' dibuka, saya review salah satu hotel di tengah bandar Kuala Lumpur. 
Hotel Berjaya Times Square, Bukit Bintang.
Kami dapat bilik jenis Superior. Tengok harga di agoda, harga asal ialah RM905.00. Sekarang tengah promosi diberi hingga RM300++ - RM255++. Tapi masa sampai di lobby hotel, saya tengok harga sebenar ialah RM450 ++. Di web Berjayahotel mereka tengah promosi 2malam bilik jenis superior bersekali dengan tiket masuk ke berjaya theme park ialah RM905. Sesapa yang berkemampuan bolehlah booking ye.

View dari dalam bilik level 14. Dapat bilik mengadap pool view. Just nice.
Entrace bilik superior
Ruang tamu
Kawasan pantry. 

Benda yang sepatutnya memang ada.
Kawasan living room

Bilik tidur.  Katil besar.  Muat kami 4 orang. Just nice
First time saya tengok bilik air yang begitu besar sampai ada 2bahagian.
Tempat mandi. Tub mandi dan shower area
Di…

Rindu !!!

Buat teman yang pernah hadir dalam hidup ini,
Terima kasih mencorakkan perjalanan hidup saya,
Yang ajar cara hidup berkawan,
Yang ada jika saya perlukan bahu,
Yang akan bising jika saya silap,
Yang akan pinjamkan telinga jika saya bercakap,
Yang akan riuhkan suasana hidup saya,
Yang mencantikkan lagi kanvas kehidupan saya,
Mungkin kelmarin jadi kenangan, esok jadi ingatan.
Terima kasih.

2 Tiket Untuk Ke Syurga

Post ni mengambil masa yang agak lama untuk saya menyusun kata sebab setiap kali nak mula menulis, pasti air mata ini mengalir. Kalau tahun lepas, kedua-dua makcik saya pergi dijemput Maha Esa, kali ini anak saudara saya telah dijemput oleh Dia yang hanya sempat menjengah dunia selama 7hari.

Saya panggil dia 'baby Hajar'. Baby Hajar lahir sebagai baby premature 26weeks. Seorang baby yang cukup kuat yang dapat saya rasakan. Bertarung hampir seminggu di NICU. Mendengar saat dia dilahirkan, gembira sangat. Rasa macam nak booked tiket nak pergi menjenguk baby Hajar tapi apakan daya, tuntutan tugas tak dapat nak dielakkan. Maaf tidak dapat melihatmu, Baby Hajar even disaat kematianmu kami still stucked di sini. Kami doakan daripada jauh.

Hajar Binti Mohd Asyraf.

Tiap-tiap hari kami sekeluarga mendoakan baby Hajar menjadi insan yang kuat, walaupun umi dan abi memaklumkan keadaan kritikal baby ini, kami masih mengharapkan keajaiban daripada Allah. 
Di saat-saat umi dan abinya memberi…

Kenapa Perlu Ada Doktor Di Kalangan Ahli Keluarga Kita?

Kalau saya cakap pada adik saya, sah sah dia akan cakap kat anak-anak saudara dia, " Eh takyahlah jadi doktor. Kerja teruk, asyik exam, kena belajar tapi gaji tak setimpal. Kalau time jadi HO solat pun jadi tak kusyuk"
Itu cakap dia. Sebab dia pernah ditempatkan di hospital di mana dia kena kerja 7hari seminggu dan hanya boleh bercuti jika dia apply cuti. Dasyat kan?
Ingat lagi tiap kali exam dia akan menangis, dia selalu nangis, time kerja pun dia nangis. So sepanjang saya hidup dengan dia, memang dah biasa tengok dia menangis. Kesian pun ada. Sampai kan dia pernah cakap dia menyesal ambil doktor. Baik ambil pharmacist.
Hari ni saya nak buat artikel pasal dia. Nak dia sedar rasa tanpa dia kami memang susah. Berbalik pada tajuk di atas. Kenapa perlu ada doktor di kalangan keluarga?
1. Senang nak refer apa-apa
Situasi 1 : Sha : Wei betul ke ubat ni doctor kasi Adik Na : Ala tu takyah makan pun takpe. Pelik btul kenapa doctor ni bagi ubat ni.
Situasi 2 : Sha : Wei, anak or…

Latih Anak Jadi Lebih Kreatif

Masa mula-mula dapat anak yang sulung, saya pelik kenapa suami saya selalu belikan mainan lego untuk anak yang sulung. Siap cakap dengan saya lagi, kalau nak beli mainan, beli je lego. Mainan lain tu takyah pun takpe. Well, maklumlah anak lelaki sah sah la ada mainan lain selain lego kan. 
Memang dekat rumah berlambak mainan lego. Mula-mula jenis yang besar macam brand Mega Blocks. Penuh 2 bakul, sarat dengan mainan lego. 
Daripada situ saya perhati sahaja anak saya. Memang kusyuk dia main dengan mainan tu. Alhamdulillah dia tak ada lah addicted sangat dengan mainan ipad nya itu walaupun pada permulaannya agak susah nak latih dia supaya tidak bergantung dengan ipad itu. Rekod dia yang tidak dapat dipecahkan oleh ayahnya ialah games Subway Surfer markah 1juta ok masa umur dia 2tahun 1/2. .. since dia dapat 1juta tu, ayah dia terus jauhkan dia daripada games yang ada kat ipad tu
Asyik dengan lego. Baru beli. Ni jenis yang kecil.
Ibu, ni dragon.  (abaikan bilik yang bersepah itu)
Sekarang adi…

Resipi Mudah : Nasi Tumis

Anak-anak saya kalau makan nasi memang jenis suka nasi yang berperisa seperti nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak (anak sulung panggil nasi kahwin), nasi goreng dan macam-macam lagi la. Hari tu before balik dari pejabat, pening dah fikir nak masak apa. Dah la jenis tak berapa terer nak masak masakan yang taraf profesional. Tiap-tiap hari masak, sampai hilang idea nak masak apa. Barulah faham,  perasaan mama saya yang setiap hari tanya kami nak makan apa.Mama : Nak makan apa hari ni?Kami : Mama masak je apa-apalah, tak kisah. Semua sedap.Mama : Ish tak membantu betul. Mama dah tak tahu nak masak apa.So after je mama cakap macam tu, masing-masing mengorder makanan, udang masak sambal la, ikan sumbat la .. Hari tu saya tanya seorang kakak ni. Sebab dah tak tahu nak masak apa kan.Kak Ana : Ala sha, masak je nasi tumis senang sangat.Saya : Nasi tumis?? Macam mana.Bahan - bahan :
Kayu manis,  Serbuk kurma,  Bunga lawang,  Lada hitam,  Biji pelaga (Optional) bawang merah dan putih untuk menumis. B…

Benda Yang Saya Selalu Bawa Bila Pergi Holiday

Ada anak dua ni memang setiap kali nak pergi holiday or balik kampung akan buat persiapan rapi. Risau kalau kalau barangan penting tertinggal (ceh macamlah ada anak ramai, padahal baru dua).
Selalunya yang paling penting adalah barangan ubatan sebab anak saya ni kalau pergi holiday ada ada je tak kena. Mana kan tidak, kalau ada swimming pool, berendam lama tak mahu naik naik. Haishh ..
Antara yang memang wajib saya bawa ialah :
Kool Fever

Paracetamol/Ubat demam

Nasal spray/selsema. Tak berapa bagus asyik nak bagi ubat selsema yang dibekalkan oleh klinik tu.

Losyen Moogoo Dapat anak yang sensitive skin ni memang kena ada. Bagus losyen ni. Natural ingredients.  Jangan bergantung sangat dengan steroid. Banyak effectnya nanti.

Ubat gamat. In case kalau kena gigit apa-apa atau luka, Yelah anak kan jenis lasak


Vicks
Nampak sangat saya ni jenis orang yang begitu teliti kan hahaha.. Nasibla Encik Suami memang dah faham perangai saya.
Harap dapat membantu kawan-kawan untuk pergi trip bersama kel…

Bila Insurans Bagi Duit Poket

Saya bukan agen insurans so dont worry. Saya hanya share kan kelebihan dan pengalaman mengambil insurans sejak tahun 2008 lagi. Selain untuk pelaburan dan simpanan, insurans sesuai untuk pelindungan kesihatan. Nowaday mana mampu nak bayar bil hospital yang mahal-mahal ye tak.
Kalau di hospital saya, banyak patient merayu untuk kurangkan harga bil hospital melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun agensi lain. Tapi sampai bila ye? Dahla proses nya selalunya melalui prosedur yang leceh dan remeh. Nasib kita baik kalau ada kenalan rapat yang boleh link kan kepada agensi atau jabatan terbabit.
Ingat tak tahun lepas dalam bulan disember, anak saya masuk wad. Kami pilih Prince Courts Medical Centre. Tak kisahlah dia nak charge berapa sebab insurans cover. Pergi hospital kerajaan, penuh. (Musim banyak patient, if tidak critical, pihak hospital tak akan bagi warded selagi boleh dirawat di rumah). Nasib ada ambil medical insurans. Fuhh lega ibu.
Keluar wad hari tu tanpa bayar sesen pun. …

Aktiviti Penutup & Pembuka Tirai

Dah basi pun cerita, tapi tetap dan tulis dalam blog ni. Nak jadi kenangan ceeewaaah. Bulan Disember 2014, selalunya unit kami akan buat makan-makan (actually tiap-tiap bulan ada aktiviti ni) dan main tukar-tukar hadiah dengan budget yang telah ditetapkan. Kiranya macam nak habiskan duit tabung kami la. Kalau nanti dah tak kerja di sini, pasti rindu dekat dorang ni. Bila masing-masing stress, semua belanja makan kudapan bagi nak hilangkan stress tu. Susah senang bersama, back up sesama. (Sobs sobs sobs) . Susah nak cari pengganti mereka ni.Aktiviti Penutup Tirai 2014Makan makan unit kami.






Kenny Rogers Roaster @ Amcorp Mall
Macam tahun sebelumnya, main tukar-tukar hadiah. Budget adalah RM10.00.
Pembuka Tirai 2015
Majlis Pernikahan my Sis In Law 


Time ni memang tak banyak gambar sebab busy dengan urusan majlis. So dapat la dua tiga kerat gambar.
Doakan buat pengantin semoga berbahagia till jannah.
Tu yang busy sampai tak berupdate blog ni. 
So tahun ni nak ke mana kita ye??

Dialog Anak

(Lamanya tak post blog. Busy dengan family matter, sister in law wedding, workloads etc )Hari tu saya tak berapa sihat, so memang tak larat nak masak. So tanya anak sulung, dia nak makan apa.Ibu : Abang nak makan apa tengah hari ni?Anak 1 : Entah. (Tangan ligat melukis, sikit pun tak pandang ibu)Ibu : Kita makan pizza jelah ye.Anak 1 : Ok (jawab nak tak nak je)Saya terus call Pizza Hut. Reason kenapa saya order Pizza Hut berbanding Dominos walaupun saya lebih gemar Dominos ialah, Pizza Hut roti lebih tebal, so anak saya lebih kenyang berbanding Dominos. 30 minit lepas tu, delivery boy datang. Selesai urusan pembayaran, saya bawa masuk pizza dan letak atas meja.Anak 1 : Ibu ni bila ayah takde, asyik order pizza je. Kesian ayah tak 
dapat makan pizza .Ibu tergelak. Penangan 3minggu ayah tak balik sebab kerja, anak pun dah rindu.Ibu : Nanti ayah balik, ibu order pizza ok. (Saya mengusap rambut dia, bagi dia bertenang)Anak 1 : Ibu call ayah, abang nak cakap dengan ayah.So terjadilah adeg…

2015 KickStart

365 new pages
I am ready