Skip to main content

2 Tiket Untuk Ke Syurga

Post ni mengambil masa yang agak lama untuk saya menyusun kata sebab setiap kali nak mula menulis, pasti air mata ini mengalir. Kalau tahun lepas, kedua-dua makcik saya pergi dijemput Maha Esa, kali ini anak saudara saya telah dijemput oleh Dia yang hanya sempat menjengah dunia selama 7hari.

Saya panggil dia 'baby Hajar'. Baby Hajar lahir sebagai baby premature 26weeks. Seorang baby yang cukup kuat yang dapat saya rasakan. Bertarung hampir seminggu di NICU. Mendengar saat dia dilahirkan, gembira sangat. Rasa macam nak booked tiket nak pergi menjenguk baby Hajar tapi apakan daya, tuntutan tugas tak dapat nak dielakkan. Maaf tidak dapat melihatmu, Baby Hajar even disaat kematianmu kami still stucked di sini. Kami doakan daripada jauh.

Hajar Binti Mohd Asyraf.


Tiap-tiap hari kami sekeluarga mendoakan baby Hajar menjadi insan yang kuat, walaupun umi dan abi memaklumkan keadaan kritikal baby ini, kami masih mengharapkan keajaiban daripada Allah. 

Di saat-saat umi dan abinya memberitahu keadaan yang masih berterusan kritikal dihadapi baby Hajar, saya masih mengharapkan baby ini akan terus berjuang. 

Tapi percaturan dan perancangan Allah lebih cantik. Dia dijemput menjadi penghuni syurga. Menerima berita itu di saat saya masih menatap gambar dia didukung dan dibelai oleh abi dan uminya. Masih segar dalam ingatan melihat video dia ketika bergerak aktif bertindak balas apabila uminya memanggil. Allahu akbar! Sayu rasanya.

"Wahai adikku Asyraf dan Fatimah, ujian yang hebat adalah untuk insan yang hebat. Allah mengujimu sebab Dia tahu kamu dapat menghadapinya. Allah mengujimu supaya kamu bertambah dekat denganNya dan bertambah imanmu. Kamu telah dapat 2 tiket ke syurga setelah pemergian Jannah dan Hajar sebagai ganjarannya. Berbangga la kamu berdua."

Hadis Riwayat Abu Hassan R.A, ia berkata : Saya mengatakan kepada Abu Hurairah, bahawa dua orang anakku telah meninggal dunia. Adakah berita (hadith) Rasulullah SAW yang dapat engkau sampaikan kepadaku yang dapat menyenangkan hati kami berkenaan dengan anak kami yang meninggal itu. Abu Hurairah menjawab, Ada ! Anak-anak kecil (yang meninggal) menjadi kanak-kanak syurga, ditemui kedua ibubapanya lalu dipegangnya pakaian ibubapanya sebagaimana saya memegang tepi kain dan tidak berhenti (memegang pakaian)  sampai Allah memasukkannya dan kedua ibu bapanya ke dalam syurga.
Hadith Sahih Riwayat Muslim (2635 - 1524)

" Cantikkan aturan Allah adik-adikku? Disebalik kesedihan kamu, ada berita gembira untuk kamu. Berbahagialah"




Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…