Benda Yang Saya Selalu Bawa Bila Pergi Holiday

Ada anak dua ni memang setiap kali nak pergi holiday or balik kampung akan buat persiapan rapi. Risau kalau kalau barangan penting tertinggal (ceh macamlah ada anak ramai, padahal baru dua).

Selalunya yang paling penting adalah barangan ubatan sebab anak saya ni kalau pergi holiday ada ada je tak kena. Mana kan tidak, kalau ada swimming pool, berendam lama tak mahu naik naik. Haishh ..

Antara yang memang wajib saya bawa ialah :

Kool Fever


Paracetamol/Ubat demam


Nasal spray/selsema. 
Tak berapa bagus asyik nak bagi ubat selsema yang dibekalkan oleh klinik tu.

 

Losyen Moogoo 
Dapat anak yang sensitive skin ni memang kena ada.
Bagus losyen ni. Natural ingredients. 
Jangan bergantung sangat dengan steroid. Banyak effectnya nanti.


Ubat gamat. 
In case kalau kena gigit apa-apa atau luka, Yelah anak kan jenis lasak



Vicks

Nampak sangat saya ni jenis orang yang begitu teliti kan hahaha.. Nasibla Encik Suami memang dah faham perangai saya.

Harap dapat membantu kawan-kawan untuk pergi trip bersama keluarga!!
 Xoxo

(Gambar ihsan : Mr Google)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil