Bila Insurans Bagi Duit Poket

Saya bukan agen insurans so dont worry. Saya hanya share kan kelebihan dan pengalaman mengambil insurans sejak tahun 2008 lagi. Selain untuk pelaburan dan simpanan, insurans sesuai untuk pelindungan kesihatan. Nowaday mana mampu nak bayar bil hospital yang mahal-mahal ye tak.

Kalau di hospital saya, banyak patient merayu untuk kurangkan harga bil hospital melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun agensi lain. Tapi sampai bila ye? Dahla proses nya selalunya melalui prosedur yang leceh dan remeh. Nasib kita baik kalau ada kenalan rapat yang boleh link kan kepada agensi atau jabatan terbabit.

Ingat tak tahun lepas dalam bulan disember, anak saya masuk wad. Kami pilih Prince Courts Medical Centre. Tak kisahlah dia nak charge berapa sebab insurans cover. Pergi hospital kerajaan, penuh. (Musim banyak patient, if tidak critical, pihak hospital tak akan bagi warded selagi boleh dirawat di rumah). Nasib ada ambil medical insurans. Fuhh lega ibu.

Keluar wad hari tu tanpa bayar sesen pun. Total bil hospital hari tu dalam RM3,000.00 ++ selama 4hari. Senang hati insurans dapat cover.

Elaun hospital yang dibayar oleh insurans 

Duduk 4 hari dapat duit poket RM450 (Elaun hospital). Saya tak kisah pun if nak cuti tanpa gaji (Unpaid leave) / cuti separuh gaji (kelebiham untuk kakitangan kerajaan disebabkan menjaga keluarga sakit), saya tahu gaji saya tu dapat cover balik sebab dapat elaun hospital (insurans bayar). Rugikan kalau tak ambil insurans. Selain pelaburan, medical cover ni memang penting. Sebab kita tak tahu apa akan terjadi kepada kita dan keluarga kita pada masa hadapan. Silalah contact agen insurans yang boleh dipercayai, penuh dengan ilmu insurans dan tangkas membuat kerja supaya anda senang hati, trusted agen EncikEffendy Yahya


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil