Dialog Anak

(Lamanya tak post blog. Busy dengan family matter, sister in law wedding, workloads etc )

Hari tu saya tak berapa sihat, so memang tak larat nak masak. So tanya anak sulung, dia nak makan apa.

Ibu : Abang nak makan apa tengah hari ni?

Anak 1 : Entah. (Tangan ligat melukis, sikit pun tak pandang ibu)

Ibu : Kita makan pizza jelah ye.

Anak 1 : Ok (jawab nak tak nak je)

Saya terus call Pizza Hut. Reason kenapa saya order Pizza Hut berbanding Dominos walaupun saya lebih gemar Dominos ialah, Pizza Hut roti lebih tebal, so anak saya lebih kenyang berbanding Dominos.

30 minit lepas tu, delivery boy datang. Selesai urusan pembayaran, saya bawa masuk pizza dan letak atas meja.

Anak 1 : Ibu ni bila ayah takde, asyik order pizza je. Kesian ayah tak 
dapat makan pizza .

Ibu tergelak. Penangan 3minggu ayah tak balik sebab kerja, anak pun dah rindu.

Ibu : Nanti ayah balik, ibu order pizza ok. (Saya mengusap rambut dia, bagi dia bertenang)

Anak 1 : Ibu call ayah, abang nak cakap dengan ayah.

So terjadilah adegan dia mengadu dengan ayah dia.

Anak 1 : Nanti ayah balik, ibu belikan pizza tau. Ayah jangan nangis ok (dia pujuk ayah dia on the phone)

So minggu lepas dia asyik membebel je suruh ibu belikan pizza untuk ayah. Ayah muncul je kat muka pintu minggu lepas terus tanya ayah nak makan pizza ke tak.

Alahai anakku. Rindu ayah ye .



Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil