Kenapa Perlu Ada Doktor Di Kalangan Ahli Keluarga Kita?

Kalau saya cakap pada adik saya, sah sah dia akan cakap kat anak-anak saudara dia,
" Eh takyahlah jadi doktor. Kerja teruk, asyik exam, kena belajar tapi gaji tak setimpal. Kalau time jadi HO solat pun jadi tak kusyuk"

Itu cakap dia. Sebab dia pernah ditempatkan di hospital di mana dia kena kerja 7hari seminggu dan hanya boleh bercuti jika dia apply cuti. Dasyat kan?

Ingat lagi tiap kali exam dia akan menangis, dia selalu nangis, time kerja pun dia nangis. So sepanjang saya hidup dengan dia, memang dah biasa tengok dia menangis. Kesian pun ada. Sampai kan dia pernah cakap dia menyesal ambil doktor. Baik ambil pharmacist.

Hari ni saya nak buat artikel pasal dia. Nak dia sedar rasa tanpa dia kami memang susah.
Berbalik pada tajuk di atas. Kenapa perlu ada doktor di kalangan keluarga?

1. Senang nak refer apa-apa

Situasi 1 :
Sha : Wei betul ke ubat ni doctor kasi
Adik Na : Ala tu takyah makan pun takpe. Pelik btul kenapa doctor ni bagi ubat ni.

Situasi 2 :
Sha : Wei, anak orang ni asyik muntah-muntah je. Nape ye?? Perlu pergi klinik tak?
Adik Na : Berapa kali dia muntah? Badan ni demam tak? ... bla bla bla ..
Macam tu la alkisahnya.

Senang kan kalau ada ahli keluarga jadi doktor, secara tak langsung kita dapat belajar or prevent mana yang patut dilakukan atau tidak.

2. Tahu tak doktor ada term and conditions if nak cakap dengan waris jika ahli keluarga dalam keadaan tenat ?

Seorang doktor tak boleh sewenang wenangnya berkata seseorang pesakit tak ada harapan. Mereka ada etika dan tatacara untuk dipatuhi. Kalau dia jelaskan pun, mesti dalam bahasa medic dia tu. Susah nak faham. Banyak kali juga bila kami melawat saudara or kawan-kawan yang sakit. Bila tanya doktor, doktor akan keluarkan perkataan medic dia tu. Tak kan kita faham kan?

Situasi 1 (ketika Arwah Mak Ngah (saudara sebelah ayah) tenat di hospital.)

Anak Sulung : Doktor macam mana keadaan mak saya.
Doktor : bla bla bla bla ....... (memang tak faham. Kalau faham pun sikit-sikit je)
Anak sulung arwah makngah saya tu tanya pada sepupu saya. Dia seorang doktor.
Anak sulung : Cuba Juan bagitahu sebagai seorang saudara, bukan doktor. Macam mana keadaan mak.

Juan (sepupu, doktor Hospital di Perak) menjelaskan dengan bahasa yang mudah nak faham. Arwah mak ngah saya tak ada harapan untuk sembuh.Kalau anda sedar situasi ini, anda akan berasa bersyukurnya ada saudara/adik kakak/ pakcik makcik yang bekerja sebagai doktor sebab dia boleh explain kan satu persatu dengan bahasa yang mudah. Kita pun senang nak refer. Kesudahan dia, sepupu saya tu berbual dengan doktor yang merawat penyakit arwah mak ngah saya tu. Lepas tu dia yang bagitahu kami satu persatu.

3. Kadangkala Doktor Klinik Swasta Selalu Bagi Ubat Yang Tak Perlu. (dalam erti kata, kalau tak makan pun takpe)

Bukan saya nak blamed doktor klinik swasta tapi anda perasan tak if kita pergi dapatkan rawatan klinik swasta mesti end up dia akan bagi ubat antibiotik. Lebih-lebih lagi pada budak or baby. Tahu tak kadangkala ubat antibiotik ni tak perlu pun kecuali kes kes tertentu.

Contohnya saya pernah pergi sebuah klinik untuk anak no 2 saya. Time tu umur dia dalam 1tahun. Selsema. Klinik tersebut bagi ubat Piriton dan Cetrizen. Tahu kah anda ubat tersebut adalah ubat yang sama. Ubat Piriton adalah tidak sesuai diberi untuk budak di bawah umur 2 tahun ke bawah. Sama jugak dengan ubat Voren, atau ubat bontot jika budak-budak demam. Tak sesuai diberi. Mana saya tahu? Thanks to my adik. Dia selalu bagi tips yang berguna dan selalu pesan if ambil ubat di klinik, make sure tanya ubat apa, balik rumah tengok kandungan ubat. So end up, saya pun dah pandai pasal jenis jenis ubat dan penyakit.

3. Senang nak cerita guna bahasa yang mudah untuk kita faham.

Kekadang doktor ni tak semuanya 'mesra alam'. Kadangkala dapat gak doktor yang ikut mood. Ye saya tahu doktor pun manusia jugak but kerja dah ada relation dengan orang ramai so kena terima la.
Jadi bila dah ada keluarga yang kerja doktor, senang nak explain sakit apa dan rawatan yang terbaik. Betul tak? Apa yang perlu buat, sesuai tak kalau buat rawatan macam tu.
Betul ada jugak doktor yang baik yang explain kat kita tapi lagi bagus kalau ahli keluarga yg explain sebab kita lebih percaya kan mereka, betul tak?

Itulah kelebihan jika ada ahli keluarga yang bergelar doktor. Alhamdulillah syukur saya ada 4 orang doktor dalam keluarga. Memang kami selalu rujuk mereka.

Buat adik saya, ini artikel khas untuk Doktor Muna. Whatever u do, hang in there. Because only Allah can give u greatest reward. !!

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil