Skip to main content

Latih Anak Jadi Lebih Kreatif


Masa mula-mula dapat anak yang sulung, saya pelik kenapa suami saya selalu belikan mainan lego untuk anak yang sulung. Siap cakap dengan saya lagi, kalau nak beli mainan, beli je lego. Mainan lain tu takyah pun takpe. Well, maklumlah anak lelaki sah sah la ada mainan lain selain lego kan. 

Memang dekat rumah berlambak mainan lego. Mula-mula jenis yang besar macam brand Mega Blocks. Penuh 2 bakul, sarat dengan mainan lego. 

Daripada situ saya perhati sahaja anak saya. Memang kusyuk dia main dengan mainan tu. Alhamdulillah dia tak ada lah addicted sangat dengan mainan ipad nya itu walaupun pada permulaannya agak susah nak latih dia supaya tidak bergantung dengan ipad itu. Rekod dia yang tidak dapat dipecahkan oleh ayahnya ialah games Subway Surfer markah 1juta ok masa umur dia 2tahun 1/2. .. since dia dapat 1juta tu, ayah dia terus jauhkan dia daripada games yang ada kat ipad tu

Asyik dengan lego. Baru beli. Ni jenis yang kecil.

Ibu, ni dragon.  (abaikan bilik yang bersepah itu)

Sekarang adik dia pulak dah jangkit.

Mainan lego yang berjaya dia buat. Saya suruh dia tengok arahan pada kertas. Alhamdulillah jadi. Ni kalau tak jadi, mahu dia mengamuk satu rumah. Saya acctually memang tak percaya dia boleh buat walaupun bukan 100% sama seperti arahan, dia boleh buat ikut citarasa dia.

Daripada kecik suruh main lego, jadinya dia dan adiknya sekarang jadi lebih kreatif. Buat macam-macam bentuk daripada lego tu. Kadangkala tanpa melihat apa-apa arahan. Bangunan, binatang, bunga, zoo, stesen minyak, lapangan terbang dan macam-macam lagi. Kadangkala macam tak percaya dia yang buat. Setakat ni adik dia just boleh buat bentuk bangunan dan alat.

Yang bagusnya, mainan ni boleh latih anak saya jadi lebih fokus. Dia boleh duduk diam dan buat sampai berjaya. Bagus kan??

Adik dengan muka bangga dapat buat bangunan. 

"Ibu, building, yeayy tinggi"

Baru lah saya tahu kenapa Encik Suami beriya suruh beli mainan lego ni. Dia nak anak dia jadi lebih kreatif dan membantu mereka belajar fokus sekaligus bagus untuk saraf motor mereka (jari jari mereka )



Mudah ibu nak buat kerja rumah hehe sebab masing-masing tekun buat lego mengikut imaginasi masing-masing.

Muka gembira .. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…