Resipi Mudah : Nasi Tumis

Anak-anak saya kalau makan nasi memang jenis suka nasi yang berperisa seperti nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak (anak sulung panggil nasi kahwin), nasi goreng dan macam-macam lagi la.

Hari tu before balik dari pejabat, pening dah fikir nak masak apa. Dah la jenis tak berapa terer nak masak masakan yang taraf profesional. Tiap-tiap hari masak, sampai hilang idea nak masak apa. Barulah faham,  perasaan mama saya yang setiap hari tanya kami nak makan apa.

Mama : Nak makan apa hari ni?

Kami : Mama masak je apa-apalah, tak kisah. Semua sedap.

Mama : Ish tak membantu betul. Mama dah tak tahu nak masak apa.

So after je mama cakap macam tu, masing-masing mengorder makanan, udang masak sambal la, ikan sumbat la ..

Hari tu saya tanya seorang kakak ni. Sebab dah tak tahu nak masak apa kan.

Kak Ana : Ala sha, masak je nasi tumis senang sangat.

Saya : Nasi tumis?? Macam mana.

Bahan - bahan :


Kayu manis, 
Serbuk kurma, 
Bunga lawang,
 Lada hitam, 
Biji pelaga (Optional)
bawang merah dan putih untuk menumis.
Beras
Air
(Bahan-bahan di atas main agak-agak je dan campak-campak)

Firstly, tumiskan bawang merah dan putih (saya main agak-agak je). Saya tumis dengan mentega supaya nasi rasa sedap berlemak. Tumis dalam rice cooker senang takyah pindah randahkan bahan tumisan tersebut. Lepas dah wangi tu, masukkan bahan-bahan selebihnya. Untuk 2cawan nasi = 1 1/2 sudu besar serbuk kurma. Lepas dah bau harum, baru masukkan beras yang sudah dicuci ye. Lepas masukkan beras dan air, kacau supaya rempah tadi sebati.


Ok, ni lah jadinya nasi tumis. Suami cakap rasa macam nasi arab lak.  Nak sedap lagi, racik halus-halus bawang merah dan bawang putih, goreng hingga rangup dan taburkan atas nasi tadi. Sedap. Anak pun selera makan bertambah.


Makan dengan kari ayam or sambal pun sedap. 

Ok cubalah resipi simple ni. Memang pening dapat anak yang cerewet makan dan asyik nak suruh ibu dia masak je. Pening setiap hari belek menu yang best untuk anak.

Harap dapat membantu.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil