Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Kelantan : Sarapan Pagi Teh Tarik Madu Warung Pak Mat

Ok dah nak balik Kuala Lumpur dah. So last food hunting kat Kelantan, dan sekarang ni  yang paling famous adalah Teh Tarik Madu.
Kalau nak dapatkan Teh Tarik Madu ni hanya di Warung Pak Mat yang terletak di Medan Ikan Bakar. 
Tips 1 : drive menghala ke Pantai Cahaya Bulan.
Tips 2 : Nampak signboard besar warna merah tulis Medan Ikan Bakar yang terletak di Kedai Buluh (nama tempat ye, bukan kena cari kedai yang diperbuat daripada buluh), before signboard tu belah kiri ada Balai Polis Badang, dan belok kiri.
Tips 3 : Lebih kurang 500meter akan nampak Medan Ikan Bakar (M.I.B) Warung Pak Mat ni terletak di dalam Medan Selera.
Warung Pak Mat ni juga terkenal dengan Sup Kepala Ikan, tapi kami tak order sebab ramai sangat orang beratur. Adehhh memang balik time holiday, sah sah kedai penuh.

Inilah Teh Tarik Madu yang sedap ni. Amacam terliur tak??
Selesai dah food hunting kat Kelantan. Acctually banyak lagi but tak sempat nak pergi mana-mana sebab kali ni balik kampung banyak agenda. 
(p/s: art…

Kelantan : Aiskrim Kelapa di Pantai Cahaya Bulan

Kalau di Kuala Lumpur sekarang ni famous dengan aiskrim pasu, tapi di Pantai Cahaya Bulan ni terkenal dengan aiskrim kelapa. Hampir semua kedai yang terdapat di Pantai Cahaya Bulan ni menjual Aiskrim Kelapa. So suggestion untuk minum petang, apa kata pekena Aiskrim Kelapa dan "Colek" di tepi pantai.

Rupa Aiskrim Kelapa. Aiskrim + oreo + isi kelapa = Memang terbaik.
Dalam cawan tu adalah pure air kelapa untuk diletakkan bersama aiskrim atau minum macam tu. Dihidangkan bersekali dengan aiskrim kelapa ni. Harga hanya RM5.00. Oklah kan air kelapa + isi kelapa + aiskrim. Banyak gak tu.

So nielah colek. Kalau sesapa tak tahu colek tu apa, ala benda yang goreng-goreng macam keropok kerok, udang, nugget dan lain-lain dicicah bersama homemade sos. 
Air botol legend yang terdapat di Pantai Cahaya Bulan Credit photo : google Sebab tak sempat nak ambil gambar dek kerana dukung budak kecik tu tido kena angin laut sepoi-sepoi bahasa.

Kelantan : Kopitiam Kita - Roti Titab

Food hunting diteruskan walaupun macam-macam agenda nak buat bila balik kampung ni. Pagi-pagi nak makan apa ye? Hehe hari ni suh adik ipar bawa makan roti titab kat Kopitiam Kita yang terletak di Jalan Sri Cemerlang. Nasibla dapat akak ipar yang suke makan. Dengar cerita kopitiam ni memang sangatlah terkenal.
Ingatkan nak pergi awal pagi tapi ada benda nak disettlekan, so pergi dalam pukul 9pagi. Ingatkan dah reda kopitiam sebab orang bekerja tapi full house beb .. 
Matahari dah naik tinggi dah tapi tetap full.
Terpaksa la berdiri kat tepi meja, aim meja mana yang dah nak bangun.
Saya tak tahu benda ni available ke tak. Ramai sangat sampai pelayan dia pun semua bergerakk pantas tak sempat nak tanya.
Kopitiam kita ni terkenal dengan Roti Titab. Tapi ada jugak jual nasi berlauk, nasi tumpang, nasi air dingin, kuih, macaroni dan bermacam lagi makanan signature negeri Kelantan yang turut dijual.
Nampak tak, banyak makanan dah hampir habis.
Mereka ni beratur sampai ke luar kedai untuk men…

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil

Satu ketika dulu famous dengan maggi ikan lepas tu maggi ketam. Berderet deret kedai buat maggi ketam. Sekarang ni famous dengan maggi tiram lak kat kelantan. Bila balik kampung tempoh hari, apa lagi cepat-cepat request kat adik ipar suh bawa tempat makan maggi tiram yang paling best kat kota bharu ni. 
Adik ipar suggest maggi tiram kat Tawang (menghala ke Bachok)
Tips 1 : Drive dari Kota Bharu menghala ke Bachok. Landmarks pertama ialah kena jumpa Balai Polis Tawang di sebelah kiri. Depan balai polis ada simpang, belok kiri.
Tips 2 : Drive 1.5km sampai jumpa satu simpang kecik (ada papan tanda Maggi Tiram Corner warna kuning) belok kanan. Simpang kecik tu ada satu gerai makan yang letak lampu warna warni.
Tips 3 : Follow signboard kuning Maggi Tiram drive lebih kurang 800m belok kiri. Kedai dia terletak di bahu jalan belah kanan. 
Masa kami sampai tu memang full house. Penuh okay. Tapi sebab maggi tiram punye pasal sanggup tunggu. Yelah time tu dah pukul 930malam. Yang paling tak best…

Dialog Anak

Pagi minggu lepas, bebudak dengan Encik Suami tengok cerita kartunCarlos . Nak dijadikan cerita time tu pasal "jangan makan gula-gula, bad for your teeth". So terdengarlah perbualan anak beranak ni. Encik Suami : Abang, tengok tu takleh makan gula-gula nanti gigi rosak. Tengok gigi abang tu dah rosak dah. Siapa bust rosak?" Nak tahu apa anak saya jawab, memang tergelak dibuatnya. Anak 1 : Allah yang buat. Nanti baikla. Allah tolong baik kan gigi abang. Terus Encik Suami terkedu. Saya apa lagi tergelak lah sebab tak sangka anak akan jawab macam tu .. hehe Me : hehehe .. langsung ayah diam ye !! Encik Suami hanya tersenyum sahaja

Rembau Most Wanted : Replika Istana Raja Melewar

Masuk adalah FREE.  (kalau bayar mesti ramai yang takkan pergi, betul tak?) Siap kita boleh tulis nama dalam Guest Book lagi



Suasana di luar muzium
Senibina istana




Replika Batu Kasar (Batu Timbang)
Batu asal terdapat di Alam Minangkabau, Sumatera Barat. Satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan. Aa kalau nak tahu ujian apa yang menggerunkan itu, silalah datang ke sini ye.
Replika Batu Bertikam.
Batu asal terdapat di Kacamantan Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini adalah bekas tikaman keris oleh Dt Pepatih Nan Sebatang (makluman lanjut sila datang sini ye)
Bahagian Bawah Istana :
Perahu tradisional
Alat tenunan kain
Agak-agak tahu tak mesin apa kat depan tu??? Mesin getah 
Bahagian Dalam Istana :

Pelamin


Adat Berkodin

Restoran Wong Solo

Hari tu kami try indonesian food iaitu Restoran Wong Solo di Seksyen 7, Shah Alam tapi lupa nak update kat blog sebab bila makanan dihidangkan, terus lupa. Lapar sangat rasanya hehe. 
So baru-baru ni kami try makan kat Restoran Wong Solo di Bangi (terletak di belakang Gulatis, bangi dan berderet dengan Steamboat Antarabangsa. Sederet dengan kedai lama Siti Khadijah yang jual telekung bermutu tinggi tu. Sekarang kedai Siti Khadijah tu dah pindah)
Antara menu yang ada. Gambar tak berapa nak bagus.

2 tempat kami order minuman alpukat (avocado), mesti dah habis.

Set makanan yang ditawarkan.  Kami pilih set nasi Ayam Penyet, Encik Suami set Nasi Ayam Bakar Masa makan kat Shah Alam tu saya try set Pecal Lele. Tapi ikan dia kering sikit.

Set untuk jamu keluarga besar pun ada. Diberi nama mengikut bandar-bandar di Indonesia.
Sekejap je dah sampai.

Nasi Ayam Bakar. Ayam rasa manis-manis sikit.
Nasi Ayam Penyet. Masa kat Shah Alam, ayam kecik dan kurus berbanding di sini. Sambal memang sedap.