Kelantan : Aiskrim Kelapa di Pantai Cahaya Bulan


Kalau di Kuala Lumpur sekarang ni famous dengan aiskrim pasu, tapi di Pantai Cahaya Bulan ni terkenal dengan aiskrim kelapa. Hampir semua kedai yang terdapat di Pantai Cahaya Bulan ni menjual Aiskrim Kelapa. So suggestion untuk minum petang, apa kata pekena Aiskrim Kelapa dan "Colek" di tepi pantai.


Rupa Aiskrim Kelapa. Aiskrim + oreo + isi kelapa = Memang terbaik.

Dalam cawan tu adalah pure air kelapa untuk diletakkan bersama aiskrim atau minum macam tu. Dihidangkan bersekali dengan aiskrim kelapa ni. Harga hanya RM5.00. Oklah kan air kelapa + isi kelapa + aiskrim. Banyak gak tu.


So nielah colek. Kalau sesapa tak tahu colek tu apa, ala benda yang goreng-goreng macam keropok kerok, udang, nugget dan lain-lain dicicah bersama homemade sos. 

Air botol legend yang terdapat di Pantai Cahaya Bulan
Credit photo : google
Sebab tak sempat nak ambil gambar dek kerana dukung budak kecik tu tido kena angin laut sepoi-sepoi bahasa.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil