Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas
.
Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri

Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.

Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.

Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat

RM 10.00 = 135cm ke atas
RM8.00 = 85cm - 135cm

Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah

RM 12.00 = 135cm ke atas
RM10.00 = 85cm - 135cm

Spa Malam (waa siap ada spa malam lagi)

7.00 malam - 10.00 malam = RM8.00
(Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak digalakkan untuk mandi di kolam air panas)

Waktu Operasi :

Isnin, Rabu - Jumaat =  1 petang - 7 malam
Sabtu, Ahad, Cuti Am dan Cuti Sekolah = 10.00 pagi - 7.00 malam

(Taman air akan ditutup setiap hari Selasa kecuali Cuti Am dan Cuti Sekolah)


 akan ada staf menjaga di depan pintu masuk dan check setiap beg yang kita bawa


 Papan tanda pada pintu masuk. Kalau kat Sg Klah, beg kami tidak diperiksa, tapi di sini memang kena periksa sebab makanan dan minuman memang takleh bawak masuk.

Reflexology Walk.

Air suam-suam kuku. Takde orang pun nak cuba, so kami anak beranak masuk dalam kolam.

Sila baca arahan.

Nampak tak tube kuning tu? Tiub tu boleh disewa, kalau tak silap dalam RM18.00

Nampak tak slide besar tu?? Best giler




Boleh sewa. Tapi kadar sewa macam mahal sikit. Tapi kalau bawa keluarga besar maybe berbaloi. Ada 2 jenis, satu besar, satu kecil tapi harga sama.
Sila rujuk gambar di bawah untuk kadar sewa.

kadar sewa khemah @ cabana ni. 

Nasib ada tempat teduh sambil tengok anak mandi manda. Cuaca time ni memang panas sampai saya blackout. Tak pernah-pernah.


Kolam air panas dengan suhu 35 celcius. Ada 2 kolam sahaja. 
Saya ingat macam kat Sg Klah dulu, macam -macam kolam dengan suhu berbeza. Tak macam kat Sg Klah, dah macam swimmimg pool je.

Tengah-tengah baca kandungan galian tetiba nampak perkataan PLUMBUM. Errkk ....

Food Court.
Kat sini banyak gerai makan tapi harga agak mahal. Air milo RM4.00

Memang tak makanlah bebudak bila kat tempat makan ada permainan ni.

Lupa nak beritahu ada surau. Bersih. Tempat persalinan dan toilet pun bersih. Lega hati.

Kalau tanya saya, saya lebih prefer Hot Spring Sg Klah berbanding dengan sini sebab nampak nature denga  lumut-lumut hijau. Different suhu so banyak pilihan. Aktiviti pun banyak boleh buat berbanding di sini. Tapi kalau tanya budak-budak maybe suka kat sini sebab banyak kolam/pool dengan permainan dorang boleh explore. Terpulang pada citarasa masing-masing. Sedikit kecewa sebab takde papantanda untuk menuju ke sini. Datang pun dengan bantuan Google Maps.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil