Kelantan : Sarapan Pagi Teh Tarik Madu Warung Pak Mat


Ok dah nak balik Kuala Lumpur dah. So last food hunting kat Kelantan, dan sekarang ni  yang paling famous adalah Teh Tarik Madu.

Kalau nak dapatkan Teh Tarik Madu ni hanya di Warung Pak Mat yang terletak di Medan Ikan Bakar. 

Tips 1 : drive menghala ke Pantai Cahaya Bulan.

Tips 2 : Nampak signboard besar warna merah tulis Medan Ikan Bakar yang terletak di Kedai Buluh (nama tempat ye, bukan kena cari kedai yang diperbuat daripada buluh), before signboard tu belah kiri ada Balai Polis Badang, dan belok kiri.

Tips 3 : Lebih kurang 500meter akan nampak Medan Ikan Bakar (M.I.B) Warung Pak Mat ni terletak di dalam Medan Selera.

Warung Pak Mat ni juga terkenal dengan Sup Kepala Ikan, tapi kami tak order sebab ramai sangat orang beratur. Adehhh memang balik time holiday, sah sah kedai penuh.


Inilah Teh Tarik Madu yang sedap ni. Amacam terliur tak??

Selesai dah food hunting kat Kelantan. Acctually banyak lagi but tak sempat nak pergi mana-mana sebab kali ni balik kampung banyak agenda. 

(p/s: artikel ni khas buat kawan Norakmar Nahzari)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil