Skip to main content

Kisah 1 hari

Alkisahnya cuti panjang ni kemas rumah habis-habisanlah. Segala majalah semua dibuang. Sebab memang tak berusik. Decide nak kemas sebab makin berhabuk. Dahla jenis alergi habuk.

Kemas bekas-bekas air mineral 2kotak, done. Majalah letak dalam kotak, done. Ingatkan nak campak je semua tu kat rumah sampah. Tetiba suami suh bagi kat pusat recycle Presint 15, Putrajaya. Waaaaa satu kes lak mengangkut semua benda tu. Dahla kereta kecil. Kire 2kali tripla mengangkut benda-benda tu masuk ke dalam kereta. Dahla tengah hari, panas ok!! Berpeluh dibuatnya.

Sampai je tempat recycle tu, tong recycle yang selalu ada tu takde lak. Yang ada tempat tong sampah hijau yang besar. Alamak!!! Nak buang kat situ ke. Tetiba rasa macam rugi lak sebab niat dah betul nak recycle.

Tetiba datang seorang pakcik bawa motor dengan kotak kosong.

"Nak buang ke tu?"

"Ye pakcik. Ingatkan nak recycle, tapi tong recycle takde plak"

"Rezeki pakcik hari ni. Bagi kat pakcik jelah semua tu. Biar pakcik yang uruskannya"

"Ooo ok pakcik. Banyak lagi dalam kereta ni"

"Alhamdulillah. Boleh pakcik jual botol-botol ni dan majalah. Selalunya pakcik jarang cari barang waktu macam ni sebab panas. Pakcik tak larat. Tapi hari ni tergerak hati nak datang. Rupanya ada orang nak bagi rezeki kat pakcik"

Saya sekadar senyum.

"Duduk mana pakcik?"

"Dekat Teras Jernang"

Tangan tua pakcik tu sibuk menguruskan barang yang saya bawa. Saya dan suami sekadar membantu mengikat buku-buku tersebut. Dalam fikiran saya, Allah dah aturkan cantik untuk pakcik tersebut. Saya yang tak pernah nak recycle benda-benda tu tergerak hati nak recycle. Dahla jauh nak pergi tempat tu, waktu panas terik lak. Allah memberi rezeki pada pakcik itu melalui saya. Alhamdulillah sekurangnya saya dapat meringankan sikit beban pakcik tersebut.

Besarnya kuasa Mu Ya Allah.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…