Kelantan : Kopitiam Kita - Roti Titab

Food hunting diteruskan walaupun macam-macam agenda nak buat bila balik kampung ni. Pagi-pagi nak makan apa ye? Hehe hari ni suh adik ipar bawa makan roti titab kat Kopitiam Kita yang terletak di Jalan Sri Cemerlang. Nasibla dapat akak ipar yang suke makan. Dengar cerita kopitiam ni memang sangatlah terkenal.

Ingatkan nak pergi awal pagi tapi ada benda nak disettlekan, so pergi dalam pukul 9pagi. Ingatkan dah reda kopitiam sebab orang bekerja tapi full house beb .. 

Matahari dah naik tinggi dah tapi tetap full.

Terpaksa la berdiri kat tepi meja, aim meja mana yang dah nak bangun.

Saya tak tahu benda ni available ke tak. Ramai sangat sampai pelayan dia pun semua bergerakk pantas tak sempat nak tanya.

Kopitiam kita ni terkenal dengan Roti Titab. Tapi ada jugak jual nasi berlauk, nasi tumpang, nasi air dingin, kuih, macaroni dan bermacam lagi makanan signature negeri Kelantan yang turut dijual.

Nampak tak, banyak makanan dah hampir habis.

Mereka ni beratur sampai ke luar kedai untuk mendapatkan Roti Titab.

Ok sampai dah.
Kita close up sikit, bagi terliur hahaha

Just perfect combination : roti benggali, kaya dan telur separuh masak, mentega.

Memang sedap. Sedap lah takleh nak gambarkan macam mana. Kenapalah tak order extra. Menyesal tak sudah.Telur separuh masak tu memang perfect. Bila pecahkan telur kuning tu, terus jadi banjir atas roti tu. Cara dia masak telur tu memang pada waktu yang betul. Rasa macam nak try buat kat rumah nanti.

Adik ipar saya cakap harga Roti Titab ni dulu hanya RM3.50 but now dah naik RM5. Mahal la plak tapi nasib berbaloi. Walaupun rasa sedikit kecewa dengan harganya but memang pengalaman yang menarik dapat rasa roti ini.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil