Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil

Satu ketika dulu famous dengan maggi ikan lepas tu maggi ketam. Berderet deret kedai buat maggi ketam. Sekarang ni famous dengan maggi tiram lak kat kelantan. Bila balik kampung tempoh hari, apa lagi cepat-cepat request kat adik ipar suh bawa tempat makan maggi tiram yang paling best kat kota bharu ni. 

Adik ipar suggest maggi tiram kat Tawang (menghala ke Bachok)

Tips 1 : Drive dari Kota Bharu menghala ke Bachok. Landmarks pertama ialah kena jumpa Balai Polis Tawang di sebelah kiri. Depan balai polis ada simpang, belok kiri.

Tips 2 : Drive 1.5km sampai jumpa satu simpang kecik (ada papan tanda Maggi Tiram Corner warna kuning) belok kanan. Simpang kecik tu ada satu gerai makan yang letak lampu warna warni.

Tips 3 : Follow signboard kuning Maggi Tiram drive lebih kurang 800m belok kiri. Kedai dia terletak di bahu jalan belah kanan. 

Masa kami sampai tu memang full house. Penuh okay. Tapi sebab maggi tiram punye pasal sanggup tunggu. Yelah time tu dah pukul 930malam.
Yang paling tak best, banyak dah habis sebab datang lewat. Tiram fresh habis. Aduiiii ruginya la. Menurut budak yang jaga parking tu (tengok betapa ramainya sampai kena hired orang suh jaga parking) sejak masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan, pengunjung memang ramai.
Kedai Maggi Tiram ni dibuka seawal 11pagi sampai 12tengah malam kecuali hari Jumaat dibuka lewat pukul 3petang. Isnin kedai tutup. Kedai akan berehat sebentar time Maghrib.
So apa kata meh kita tengok menu dan harganya. Korang sah sah terperanjat.

Nampak tak .. pembekal tiram !!

Harga memang berpatutan. Terrkejut tengok harga



Adik ipar suggest makan tiram air asam. Dia cakap memang sedap dan yang penting tak hanyir. Tapi memang takde rezeki sebab dah habia. Uwaaaa sedihnya. Banyak yang dah habis sebab kedai penuh tak putus-putus orang datang.


Last kami order maggi tiram. 


Rasa??
Memang sedap. Sedap sangat. Tekak ni rasa macam nak datang lagi. Uwaa menyesal ambil ticket flight awal pagi. 

Adakah patut saya menempah tiket untuk balik kampung lagi hanya untuk melengkapkan misi nak makan tiram fresh?? Patutkah?? Hehe

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman