Rembau Most Wanted : Replika Istana Raja Melewar


Masuk adalah FREE.  (kalau bayar mesti ramai yang takkan pergi, betul tak?)
Siap kita boleh tulis nama dalam Guest Book lagi




Suasana di luar muzium

Senibina istana





Replika Batu Kasar (Batu Timbang)

Batu asal terdapat di Alam Minangkabau, Sumatera Barat. Satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan. Aa kalau nak tahu ujian apa yang menggerunkan itu, silalah datang ke sini ye.

Replika Batu Bertikam.

Batu asal terdapat di Kacamantan Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini adalah bekas tikaman keris oleh Dt Pepatih Nan Sebatang (makluman lanjut sila datang sini ye)

Bahagian Bawah Istana :

Perahu tradisional

Alat tenunan kain

Agak-agak tahu tak mesin apa kat depan tu???
Mesin getah 

Bahagian Dalam Istana :


Pelamin



Adat Berkodin




Perhiasan perkahwinan

Jenis keris

Alatan tradisional

Cerek tembaga

Warna payung yang digunakan ketika pertabalan.

Contoh kayu yang digunakan semasa pembinaan rumah tradisional Negeri Sembilan.

Gantang beras kayu.



Banyak juga gambar yang tak dapat nak masukkan di sini disebabkan kualiti gambar yang kurang memuaskan sebab pencahayaan yang kurang. Dahlah camera tak canggih, so kalau nak tahu apa lagi ada di sana, jomlah pergi.

Acctually banyak belajar bila datang muzium ni, banyak belajar mengenai adat pepatih seperti adat berkodin, mengenai undang dan luak, senarai menteri negeri sembilan, penempatan Raja Melewar, senarai sultan dan salahsilah  dan macam-macam lagi. Fuhh memang mengimbas kembali lah subjek sejarah zaman sekolah dulu. 

Rupa-rupanya banyak gak adat pepatih ni yang saya tak tahu. Maklumlah nama je duduk sempadan Negeri Sembilan tapi tahu sikit-sikit je. Bagi saya adat pepatih ni memang unik, even kalau kita nak masuk 'luak' lain pun ada syarat dan prosedur dia apatah lagi kalau adat perkahwinan.

Tapi memang mencabarla bawa bebudak 2 orang tu kat sini. berlari sana-sini siap cakap:
 "Ibu, macam rumah kampung kan"
Habis dilari kehulu ke hilir dengan adik dia. Nasib takde barang yang pecah. As usual bebudak ni memang tangan dia akan meraba je benda di sekelilling. So memang mata kena alert.

Satu pengalaman baru bagi kami sebab jarang sangat nak masuk muzium ni hehe .. so sesekali memang bagus untuk tambah ilmu. Encik suami habis 1jam 1/2 duduk dalam muzium tu, baca semua benda. Bagus bagus nanti leh share cerita dengan isteri dia



Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil