Restoran Wong Solo


Hari tu kami try indonesian food iaitu Restoran Wong Solo di Seksyen 7, Shah Alam tapi lupa nak update kat blog sebab bila makanan dihidangkan, terus lupa. Lapar sangat rasanya hehe. 

So baru-baru ni kami try makan kat Restoran Wong Solo di Bangi (terletak di belakang Gulatis, bangi dan berderet dengan Steamboat Antarabangsa. Sederet dengan kedai lama Siti Khadijah yang jual telekung bermutu tinggi tu. Sekarang kedai Siti Khadijah tu dah pindah)

Antara menu yang ada. Gambar tak berapa nak bagus.


2 tempat kami order minuman alpukat (avocado), mesti dah habis.


Set makanan yang ditawarkan. 
Kami pilih set nasi Ayam Penyet, Encik Suami set Nasi Ayam Bakar
Masa makan kat Shah Alam tu saya try set Pecal Lele. Tapi ikan dia kering sikit.


Set untuk jamu keluarga besar pun ada. Diberi nama mengikut bandar-bandar di Indonesia.

Sekejap je dah sampai.


Nasi Ayam Bakar.
Ayam rasa manis-manis sikit.

Nasi Ayam Penyet.
Masa kat Shah Alam, ayam kecik dan kurus berbanding di sini.
Sambal memang sedap.


Empar Sapi.
Oklah. Lain daripada yang lain.

Lagi satu kami order Cumi(sotong) goreng tepung, tapi lupa nak ambil gambar sebab sedap sangat, 
bila dah licin baru teringat nak ambil. Hehe..

Restoran Wong Solo ni banyak cawangan.
boleh pergi ke laman web dia. sila klik di sini, pergi kat lokasi, cari Malaysia so tertera cawangan nya.

Restoran ni memang pekerja dia 100% pekerja indonesia. Pakai pakaian batik. Santai je.
Lepas tu dinding trademark dia warna hijau pucuk pisang.
Boleh la try ye.

(Tengah draf blog untuk Istana Raja Melewar, dushh lupa)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil