StreetFood : Makan Cendol dan Rojak Tepi Jalan


Cerita lama ni, terlepas nak update. Hari tu dating dengan Encik Suami. Kiteorang jalan-jalan sekitar bangi je sebab nak selesaikan urusan sebelum Encik Suami pergi kerja. Ntah kenapa tekak tetiba teringin nak makan cendol. Teringat ada satu gerai tepi jalan belakang kedai Manjaku (jual barangan baby yang femes) memang ramai orang beratur nak kan cendol dan rojak dia. 

Bagi sugesstion dekat Encik Suami nak rasa cendol kat situ. Encik Suami pun agreed. Dia pulak terkejut sebab wife dia mintak makanan yang simple. Yelah selalu kalau dating, sah sah makan western hehe..

Tadaaaa, ni kedai dia. Kedai ni jual cendol, laksa, rojak, mee rebus, mee kari.

Nampak tak orang beratur, padahal baru pukul 11pagi time ni.
Konsep kedai ni "layan sendiri". Beratur, bayar baru boleh ambil makanan.

Nak bagi landmarks. Nak tulis tak tahu camne, so ambil je gambar tempat berhampiran.

Rojak.
Harga RM4
Biasa-biasa aje.

Saya order cendol jagung but jagung tak nampak pun mana lebihnya.
Harga RM2
Cendol pulut RM2.50
Rasa?? 
Biasa-biasa aje.

Close up sikit. 

Cendol dan rojak dia biasa-biasa aje. Tak tahulah kenapa ramai sangat orang beratur kalau time lunch. Maybe laksa or mee rebus or mee kari dia yang sedap. Sebab ada customer sebelah saya makan laksa, habis je laksa dia order lagi. Should come this place to try it.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil