Skip to main content

Taman China Putrajaya, Presint 4.

Pernah dengar tak ada taman yang berkonsepkan seni bina dan lanskap dari China di Putrajaya? Saya pun baru tahu. Kalau anda mencari dalam google maps, sah sah tak wujud even papan tanda pun takde lagi. Maybe belum siap sepenuhnya.

Taman China-Putrajaya ini dibina atas sebab persahabatan yang erat antara negara China dan Malaysia. Lebih-lebih lagi Negara China beri panda kepada Malaysia. Tapi kat sini tak adalah panda ye.

Taman ini terletak di Presint 4. Kalau sesapa pergi Floria tahun lepas, taman ni terletak di tapak Floria. Dari jambatan Presint 4 tu, akan nampak 1st trafic light so belok kiri. Jalan terus, nampak 1st simpang terus masuk simpang tersebut.

Tips 1 : Cari jambatan Presint 4 ok

Tips 2 : Tapak Floria tahun lepas

Tips 3 : Taman ini terletak di tepi tasik

Jalan masuk ke Taman China-Putrajaya

Sepanjang jalan masuk ada beberapa lukisan mural. Maybe tajaan daripada NipponPaint sebab siap ada logo company tu lagi.

Parking adalah free. Tempat ni jadi destinasi gambar kahwin. Ramai giler orang photoshoot kat sini. Landscape taman ni memang cantik.

Warning !!!!

terbayang Maharaja China dengan Maharani bersiar-siar. Ok, asyik berangan je !!

melihat senibina ni terasa berada di Negara China.


Cantik landscape. Semua elemen unsur-unsur binaan dan landscape sebijik macam kat China. 



Tenang.


Pohon ni memang sinonim dengan China. Tetiba teringat zaman sekolah dulu suka tengok drama bersiri cina purbakala. Lebih-lebih lagi cerita Justice Pao. Ingat lagi tak?

Seni

sedikit penerangan.

lagi penerangan untuk pengunjung.

architecture


so sesapa photographer atau pengunjung yang gemarkan kelainan bolehlah shoot gambar kat sini. Memang menarik untuk dijadikan kenangan.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…