Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Kelas Masakan Bersama Anak

Weekend hari tu anak bujang sibuk cakap dia nak main masak-masak dekat dapur. Hari - hari cakap. Bagi tak menghampakan dia, so minggu ni ibu merajinkan diri buat donut ball sebab takde acuan untuk donut ring untuk dorang. 
Resipi memang mudah : 
3 cawan tepung gandum 3 sudu besar susu sejat  2 sudu besar mentega 1 paket kecil yis (saya punya jenis mauripan) 6 sudu besar gula (kalau taknak manis, sila kurangkan) 1 biji telur 1 cawan air suam kuku (gunakan saiz cawan yang sama untuk pastikan sukatan betul)
Cara - cara membuat :
1. Cairkan mentega. Ketepikam.
2. Satukan susu dan gula ke dalam air suam. Kacau sehingga gula larut. Lepas tu masukkan yis. Kacau. Biarkan selama 10 minit (bancuhan ini nanti akan nampak berbuih kecil).
3. After 10 minit, satukan telur dan mentega tadi. Kacau hingga sebati.
4. Satukan adunan telur + mentega dengan yis tadi. Kacau sebati.
5. Masukan bancuhan di atas ke dalam tepung gandum. Kacau dengan senduk kayu. Adunan akan sedikit lembik. Dont worry. Uli hingga sebati. Kem…

Cuaca Panas Pekena Cendol Bakar

Sekarang memang cuaca panas. Even hujan lebat pun memang panas kan.  Hospital pun full dengan kadar kenaikan pesakit yang kena warded. Jaga kesihatan baik-baik. Make sure minum air putih banyak-banyak. Kalau batuk dan selsema, pakai mask untuk elak jangkitan.
Hari yang panas kami jalan-jalan cari makan area sekitar dengkil (jalan menghala ke KLIA). Hajat dihati nak pekena Cendol Bakar yang famous tu. Restoran ni memang besar. Memang akan nampak dari tepi jalan. Ternampak signboard Cendol Bakar. Apalagi dengan gaya ala ala bond, terus pusing stereng masuk ke tempat parking.
Terus order mee udang RM8.00. Rasa?? Oklah. Biasa-biasa aje
Cendol Jagung RM4.50. Ini Encik Suami punya.
Cendol Durian + Pulut RM4.50. Ini saya punya. Durian memang sedap. Rasa pahit-pahit lemak. Saya suka kalau durian rasa macam tu. Panas -panas memang sedap makan cendol ni. Boleh bagi 3 bintang daripada 5.

Demam AirFryer

Biasalah jadi isteri, surirumah, mak mak mesti nak penuhkan dapur. Kalau tak penuhkan tak sah, at least mesti ada pelbagai jenis tupperware. Betul tak? Takpun macam saya gile kumpul baking punye alatan. Hahaha dah jadi habits. Kali ni entah apa demam yang melanda, hati melonjak lonjak nak suh Encik Suami belanja belikan AirFryer. Siap dah senaraikan brand airfryer dari yang mahal kepada yang mampu milik. 
Tefal AirFryer.
Philips AirFryer.
Elba Airfryer
Khind AirFryer.
Nampak tak? Betapa gigih nak senaraikan AirFryer. Bila review kat google banyak orang review Philips is the best. Tapi Tefal bentuk cantik meskipun ambil banyak ruang. 
Kat Parkson ada promo Tefal. Hanya RM899.
Dapat tahu plak, ada pameran barangan elektrik kat IOI Mall Putrajaya. AirFryer Philips hanya RM814 (percuma 1 recipe book dan baking mould) dan Tefal RM799 (free 2 recipe books dan tupperware). Tawaran berakhir ahad ni 29 Mac 2015. 
Kat Lazada AirFryer Elba dan Khind harga RM329.
Mana satu pilihan hati ni??

Dating @ Dubu Dubu

Back On Track .. sorry lama tak buat entry makan-makan. So, here we are ...Kisah ni dah lama, baru nak update, baru ada mood nak menaip. Entry ni dah berhabuk kat dalam draft. So here we go .. So once upon time (ambil mood baru habis tengok cerita Cinderella), kami berdua dating kat IOI Mall Putrajaya. Since mall ni dah lama buka, kami baru 2kali terjah itu pun sebab nak cari outlet Giordano. Feveret En Suami kalau nak beli Tshirt. Hajat dihati nak makan Japanese food, tapi tetiba kaki melangkah masuk ke Restoran Dubu Dubu. Sejak makan korean food kat Gangnam Station Shah Alam, tak jejak jejak pun kaki ke restoran makanan korea. So kali ni paksa En Suami ikut selera tekak saya hehehe. Di IOI Mall Putrajaya ada banyak pilihan restorn korea seperti Seoul Garden, B.bab dan Dubu Dubu. Lepas main one two som, kami pilih Restoran Dubu Dubu.

Kalau tak sedap, memang kena bebel dengan suami. Jampi jampi sikit biar sedap. 
Luas dan selesa. Masuk je terus waiter sebut Korean language. Hahaha.
Saya …

Spiderweb

Waaa dah bersawang dah blog ni. Bunyi cengkerik pun banyak. Sunyi sepi je. So hari ni gigih sikit nak menaip. Just nak share apa yang berlaku sepanjang 2minggu ni. Bunyi macam menarik, padahal takdela apa sangat. Sebab tak pergi mana-mana, tak pergi makan dekat luar so bahan nak menulis takde sangat.
Cuma kerja banyak maybe pengurusan masa saya tak berapa betul untuk bulan ni. Setting lari sampaikan tak pernah pernah balik lewat, akhirnya terpaksa balik lewat. Kalau nak complain kerja banyak, rasanya semua orang banyak kerja, so think positve jelah. Kalau takde kerja, susah plak bosan seharian kat office. Cuma banyak kejadian yang tak berapa nak menarik sikit bila ada masalah komunikasi, masalah menghormati kerja orang lain, masalah pandang mudah pada kerja orang lain dan banyak lagi. Dari situ banyak yang saya belajar. Alam pekerjaan memang macam ni, setiap orang ada hal masing-masing.
Minggu ni juga adik mengadu putus cinta. Waa memang sedih. Im not good as advicer. Bila adik meng…

Doa

Tetiba hari ni rasa macam tak best. Tahu perasaan tak best tu macam mana?? Bila semua di sekeliling rasa ganjil dan diri takde pilihan atau tidak diberi pilihan. Macam tue la rasa tak best.

Anda Bijak Dalam Pengurusan Kewangan??

Tenpoh hari saya berkesempatan untuk menyertai satu ceramah mengenai cara pengurusan wang yang dianjurkan oleh tempat kerja saya dengan kerjasama AKPK. Masih ramai lagi ke yang tak tahu apa itu AKPK? Meh akak citer sikit. AKPK ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia khas untuk memberi khidmat kepada rakyat mengenai cara pengurusan wang serta khidmat kaunseling untuk rakyat yang di mempunyai bebanan hutang yang tinggi (minta dijauhkan).Ini adalah rumusan yang saya dapat (dalam nota ringkas) :2 persoalan yang perlu ada untuk menentukan kedudukan kewangan anda bila hujung bulan ialah : A) Adakah anda selalu kehabisan wang?
B) Anda masih mempunyai baki dalam akaun anda?Tips 1: Ajar anak untuk budget mereka sendiri (especially ajar anak menabung dari kecil lagi). Harus (gigih lepas ni cari bekas aiskrim, balut cantik-cantik untuk jadi tabung. Takyah membazir nak beli kat luar)Tips 2 : Buat budget by day / week / month. (Simpan bonus, 10% - 30% mengikut kemampuan masing2).  Ni selalu saya f…