Anda Bijak Dalam Pengurusan Kewangan??

Tenpoh hari saya berkesempatan untuk menyertai satu ceramah mengenai cara pengurusan wang yang dianjurkan oleh tempat kerja saya dengan kerjasama AKPK.

Masih ramai lagi ke yang tak tahu apa itu AKPK? Meh akak citer sikit. AKPK ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia khas untuk memberi khidmat kepada rakyat mengenai cara pengurusan wang serta khidmat kaunseling untuk rakyat yang di mempunyai bebanan hutang yang tinggi (minta dijauhkan).

Ini adalah rumusan yang saya dapat (dalam nota ringkas) :

2 persoalan yang perlu ada untuk menentukan kedudukan kewangan anda bila hujung bulan ialah :

A) Adakah anda selalu kehabisan wang?
B) Anda masih mempunyai baki dalam akaun anda?

Tips 1: Ajar anak untuk budget mereka sendiri (especially ajar anak menabung dari kecil lagi). Harus (gigih lepas ni cari bekas aiskrim, balut cantik-cantik untuk jadi tabung. Takyah membazir nak beli kat luar)

Tips 2 : Buat budget by day / week / month. (Simpan bonus, 10% - 30% mengikut kemampuan masing2).  Ni selalu saya failed. Tulis punyalah sikit, tapi bila masuk pasaraya especially Jaya Grocer rasa semua nak grab. Ok lepas ni kena kuatkan iman.

" Setengah orang belum dapat bonus sudah fikir nak berbelanja apa. Apa kata sebelum dapat bonus, fikirkan amount simpanan anda, selebihnya baru berbelanja. Tengok keadaan kewangan dulu, baru buat perbelanjaan." Ni kakak AKPK yang cakap, kena batang hidung i tau !!

Tips 3 : Jika keadaan kewangan tenat, buat perubahan secara perlahan - lahan, tak perlu tergesa gesa, asalkan akan ada perubahan walaupun kecil.

Contoh kakak AKPK tu cakap, kalau selama ni beli serbuk pencuxi Dynamo, cari brand murah lagi lepas ni. Siap cakap, kalau tak beli Dynamo, agak-agaknya kain tu tak bersih ke?? 

Tips 4 : Fikirkan sesuatu untuk naikkan (increase) pendapatan (income). Atau turn hobby into income. 

Contohnya jual roti kat office but kerja hakiki jangan lupa ye.

 Based on Encik Suami saya cerita, ada seorang cleaner di office dia, hanya bermodalkan pembakar roti dan alat untuk buat telur separuh masak. Dia jual set breakfast (roti bakar dan telur separuh masak) kat office (brilliant idea). Nak tahu sehari dia boleh jual berapa buku roti?? 5 buku roti dan just imagine keuntungan yang dia dapat. Dia ambil kesempatan di mana dia boleh jana side income tanpa ganggu kerja dia.

Tips 5 : Perlu ada tabungan kecemasan. 

Especially untuk medical sebab kita tak tahu bila akan sakit dan perlukan duit yang banyak. Tabungan ni simpan duit di tempat yang susah kita nak keluarkan, contohnya Tabung Haji (susah nak keluarkan sampai kena ambil cuti) but jangan apply kad untuk keluarkan duit, sebab sekarang Tabung Haji mudahkan pencarum untuk keluarkan duit di ATM bagi mengurangkan kesesakan di kaunter. Kalau boleh buat potongan gaji, lagi bagus. Tak banyak pun takpe, asalkan ada.

Tips 6 : Amalkan print CC RIS setiap tahun untuk melihat jumlah pinjaman/pembayaran. Takut-takut kita tak tahu ada benda sepatutnya kita tak perlu bayar. Cara mendapatkannya, pergi ke Bank Negara block D, print di kiosk (konsep sama macam nak dapstkan penyata KWSP) @ pergi ke pejabat AKPK di Maju Junction tapi yang ni kena buat appointment dulu.

Tips 7 : Untuk mendapatkan kewangan yang kukuh, pastikan jumlah hutang tidak melebihi 40% (basic rules) daripada gaji kita.

Tips 8 : Bagi meningkatkan kedudukan harta bersih ialah naikkan jumlah tabungan, kurangkan perbelanjaan, selesaikan hutang (of course) dan lupuskan aset yang tidak menjana pulangan.

Tips 9 : Jangan beli kereta dengan 0% downpayment (sah sah menunjukkan kita tak mampu) dan jangan beli kereta yang sambung bayar, sangat bahaya. Kereta hanya bertahan 5 -7 tahun sahaja, periksa kemampuan anda.

Tips 9 : Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak.

* Jika tidak perlu, jangan swipe. Be smart (fuhh tengah tahan hati, so far berjaya 2 bulan tak guna kad kredit. Istiqamah)

* Jangan issue banyak kad kredit. Banyak kad kredit means banyak berbelanja. 2nd factor of bancrupsy. (Patutlah Encik suami selalu ingatkan jangan issue kad kredit banyak. 1 sahaja dah perlu untuk isi minyak dan tempah flight). Kalau tak mampu berbelanja, jangan beli (ye saya suke shopping cosmetic).

* avoid bayar minima. (Sangat bahaya anda membayar minima)

-------------------------------------------------------------------------

Bagaimana saya buat tabungan harian saya?? Ini saya dapat tips daripada internet. Sebab masa tu saya rasa, saya perlukan sesuatu simpanan selain simpan di dalam akaun Tabung Haji. Selain saya buat simpanan di tabung haji (saya taknak tengok pun ada berapa dalam akaun sebab saya takut nanti "hantu duit" memanggil saya hehe), saya hanya perlukan 2 bekas makanan sahaja untuk jadikan ia tabung. Tapi dalam hati kena set, jangan guna !!!

Saya panggil tabung saya, tabung impian hijau. Simpanan saya target daripada 1 Jan 2015 - 31 Dec 2015. (Bekas aiskrim milo dan bekas chocolate)

Mana-mana duit syiling yang saya ada dalam dompet, saya masukkan dalam bekas milo. Tak banyak takpe, asalkan masuk setiap hari. Tapi nampak gayanya saya kena cari bekas satu lagi, sebab bekas milo ni dah penuh.

Kalau dah tabung hijau, semestinya berkait dengan duit hijau so mana-mana ada duit hijau (RM5) dalam dompet saya, saya akan masukkan dalam tabung hijau saya. Saya tak akan guna. So saya nekad dalam hati, istiqamah selalu. 

Ini cara saya, kalau anda ada cara sendiri boleh kongsi dengan saya.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil