Dating @ Dubu Dubu

Back On Track .. sorry lama tak buat entry makan-makan. So, here we are ...

Kisah ni dah lama, baru nak update, baru ada mood nak menaip. Entry ni dah berhabuk kat dalam draft. So here we go .. So once upon time (ambil mood baru habis tengok cerita Cinderella), kami berdua dating kat IOI Mall Putrajaya. Since mall ni dah lama buka, kami baru 2kali terjah itu pun sebab nak cari outlet Giordano. Feveret En Suami kalau nak beli Tshirt.

Hajat dihati nak makan Japanese food, tapi tetiba kaki melangkah masuk ke Restoran Dubu Dubu. Sejak makan korean food kat Gangnam Station Shah Alam, tak jejak jejak pun kaki ke restoran makanan korea. So kali ni paksa En Suami ikut selera tekak saya hehehe. Di IOI Mall Putrajaya ada banyak pilihan restorn korea seperti Seoul Garden, B.bab dan Dubu Dubu. Lepas main one two som, kami pilih Restoran Dubu Dubu.

Kalau tak sedap, memang kena bebel dengan suami. Jampi jampi sikit biar sedap. 

Luas dan selesa. Masuk je terus waiter sebut Korean language. Hahaha.

Saya memang suka ruang yang simple. Siap ada 2 tv yang hidangkan lagu-lagu kpop.

Ok perut dah lapar, jom kita selak menu mereka.


After discussion (macam apa je ayat haha), kami ambil set ini sebab rasa berbaloi. Banchan tu maksudnya ialah side dish ok.


Tiba-tiba nampak rice cake .. weee nak nak nak .. spicy topokki satu.


Ada bingsu. Nak order, tapi Encik Suami tak kasi sebab dah banyak sangat makanan.

Nampak menyelerakan sungguh.

Service memang laju ke sebab tak ramai orang. Barley tea sampai dulu dan dessert. Meh kita close up sikit ok.

Acctually ni tau fo faa tapi manisan dia daripada gula oren. Memang sedap. En suami pun cakap sedap, maknanya betulla sedap tu sebab dia memang cerewet sikit bab bab makan ni. Idea ni leh bagi kat peniaga pasar malam, jadikan fusion tau foo faa .. terbaekk.

Dah sampai. Perut dah mula berbunyi lagu dondang sayang. First nak cakap, nasi dubu dubu tu sedap (beras merah + pulut hitam, if tak silaplah. Kalau salah betulkan ye). Memang mengenyangkan. Saya tak habis makan, okay. Ada 3 side dish, kimchi, tauge dan satu lagi tu saya tak pasti apa macam fish cake je pun. Yang ni la banchan so leh free free minta tambah ye. Encik Suami saya tambah 2kali ok. Hamboii kalah isteri dia, dia pulak berselera makan.

Ni memang star, terbaik. Soondubu Jigae seafood. Dalam dia ada telur, udang, sotong, tauhu, lala. Kuah dia marvellous memang hirup habis. Sedap sedap

Cer angkat sikit, tengok apa yang ada. Terliur tak? Makanan ni macam ala-ala tomyam la.

Honey Garlic Bulgogi (beef). Sapa diet atkins leh try resipi ni. 

Spicy Topokki. Finally dapat juga rasa rice cake korean. Hahaha mengidam ke apa ni.Sedap. Kalau dah lidah melayu, pedas ni tahap budak kecik punya level. Takdela pedas, tak tahu tang mana pedasnya. Saya habiskan sorang kihkihkih.

Kalau anda perasan, hidangan korea ni memang mesti bubuh telur ye. Semua makanan yang saya order mesti ada telur. Kena google sat gi nak tahu culture orang korea terhadap makanan.

Lastly, Encik suami bayarkan bil. Nama pun dating kan. Very recommended. Sedap. Tanya Encik Suami, nak datang lagi ke tak. And the answer is YES. Meh bagi bintang sikit, 4 out of 5 star. Clap clap clap.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil