Kelas Masakan Bersama Anak


Weekend hari tu anak bujang sibuk cakap dia nak main masak-masak dekat dapur. Hari - hari cakap. Bagi tak menghampakan dia, so minggu ni ibu merajinkan diri buat donut ball sebab takde acuan untuk donut ring untuk dorang. 

Resipi memang mudah : 

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu sejat 
2 sudu besar mentega
1 paket kecil yis (saya punya jenis mauripan)
6 sudu besar gula (kalau taknak manis, sila kurangkan)
1 biji telur
1 cawan air suam kuku (gunakan saiz cawan yang sama untuk pastikan sukatan betul)

Cara - cara membuat :

1. Cairkan mentega. Ketepikam.

2. Satukan susu dan gula ke dalam air suam. Kacau sehingga gula larut. Lepas tu masukkan yis. Kacau. Biarkan selama 10 minit (bancuhan ini nanti akan nampak berbuih kecil).

3. After 10 minit, satukan telur dan mentega tadi. Kacau hingga sebati.

4. Satukan adunan telur + mentega dengan yis tadi. Kacau sebati.

5. Masukan bancuhan di atas ke dalam tepung gandum. Kacau dengan senduk kayu. Adunan akan sedikit lembik. Dont worry. Uli hingga sebati. Kemudian rehatkan dough selama 45 minit.

Tugas ibu sudah selesai. Abang ambil alih. Bentukkan dough bulat-bulat. Pastikan tangan disaluti tepung untuk bagi tidak melekat.

Dan goreng hingga warna keemasan.

Tadaa.. bentuk tak berapa cantik. Chef cilik baru belajar.


 Saya dipkan dengan coklat.

Makan panas-panas memang rangup.

Silalah cuba. Resipi mudah semestinya pilihan saya hehehe.


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil