Spiderweb



Waaa dah bersawang dah blog ni. Bunyi cengkerik pun banyak. Sunyi sepi je. So hari ni gigih sikit nak menaip. Just nak share apa yang berlaku sepanjang 2minggu ni. Bunyi macam menarik, padahal takdela apa sangat. Sebab tak pergi mana-mana, tak pergi makan dekat luar so bahan nak menulis takde sangat.

Cuma kerja banyak maybe pengurusan masa saya tak berapa betul untuk bulan ni. Setting lari sampaikan tak pernah pernah balik lewat, akhirnya terpaksa balik lewat. Kalau nak complain kerja banyak, rasanya semua orang banyak kerja, so think positve jelah. Kalau takde kerja, susah plak bosan seharian kat office. Cuma banyak kejadian yang tak berapa nak menarik sikit bila ada masalah komunikasi, masalah menghormati kerja orang lain, masalah pandang mudah pada kerja orang lain dan banyak lagi. Dari situ banyak yang saya belajar. Alam pekerjaan memang macam ni, setiap orang ada hal masing-masing.

Minggu ni juga adik mengadu putus cinta. Waa memang sedih. Im not good as advicer. Bila adik mengadu, rasa macam nak peluk dia. Apakan daya jauh so hanya titipkan doa buat dia. She will be okay, but maybe take time to heal. Malam tu hanya bermain whatsapp pada dia. Tenangkan dia. Siap buat lawak lagi, suh travel memana since Qatar Airways dan Emirates ada buat promotions. Air Asia pun. Menggoda sungguh. Dia memang kaki travel. Sebagai kakak, nak cakap suruh dia bersabar, memang tak sesuai. So guna perkataan "bertabah", "be strong".  Hope she will be ok.

Minggu ni dengar cerita kawan yang bekerja sebagai therapist dekat wad neuro. Sapa tak tahu neuro tu apa, neuro adalah saraf. Kebanyakan pesakit jenis strok, lumpuh, orang tua. Challenge yang terbesar bila dapat pesakit foreigner yang tak tahu berbahasa Inggeris. Dah macam ayam dan itik. Tanya dia 1 pesakit, ambil masa berapa lama nak urut. Dia cakap paling cepat pun 15 minit. Fuhh memang mencabar kerja dia. Terpaksa membongkok mengurut pesakit. Ada tu memang dah tak ada harapan nak sembuh, but doctor suggest suh buat therapy massage, so terpaksala buat. Sehari dia cakap dalam 5 pesakit dia kena handle. Paling susah bila nak transfer pesakit ke wad. Ambil masa. Dengar bila dia cerita pasal urut pesakit, macam mudah tapi sebenarnya Allah sahaja yang tahu. Be strong dear, moga Allah kurniakan pahala yang banyak untuk kamu.

Pengalaman tak boleh lupa oleh saya bila satu bas orang mabuk. Duk buat meraba perempuan dalam bas masa naik. Apa lagi memang kena siku la. Betul-betul dekat perut. Dia pandang semacam, saya jeling je. Memang busuk sangat dia. Alhamdulillah saya dan kawan-kawan ok. So girls, be watch out, hati-hati okay. Kalau berjalan, better pergi ramai-ramai.

Minggu ni juga, dapat banyak panggilan phone daripada staf tanya itu ini. Asal letak phone je, berdering. Tak putus - putus. Tak kisah sangat, tapi bila angkat je, terus marah-marah. Aishh rasa macam tak beradab je. Tak semua, tapi sebilangan sahaja. Memang last 3week ni banyak dengar kawan-kawan cerita ke 'stress ' an di tempat kerja. Macam-macam. Kalau nak mengadu kerja banyak, rasanya semua kerja banyak. Wad banyak dah kena 'access block' disebabkan banyak terima pesakit. So beban kerja bertambah. Lepas tu tak puas hati, terus bukak facebook updates status. Mengucap panjang. Cabaran media sosial zaman ini. Minta dijauhkan.

Aish panjang pulak membebel. Oklah, cukup dah. Until next post.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil