Skip to main content

Cerita Semalam


Cerita semalam. 
Dari stesen MidValley pukul 1742, delay .. memang komuter dengan delay tak boleh dipisahkan. Sepatutnya jadual pukul 1736, but almost 3years naik komuter ni tak pernahla punctual. Ada je lewat. Hujan pulak lebat. Bukan gerimis mengundang, tapi memang lebat.

Nasib ada kawan-kawan penghibur hati. Jumaat memang tren akan padat tambahan di coach wanita. Tak tahulah kenapa. Nak g coach campur tak larat nak bau yang bukan-bukan. So redha jelah. Tetiba tren berhenti di tengah-tengah antara stesen Serdang dan Kajang. Untuk pengetahuan sesiapa yang tak pernah naik komuter, stesen Serdang nak ke stesen Kajang memang jauh. Lampu dan aircond pun terus off. Suspend. Janganlah jadi yang bukan-bukan.

Kemudian ada pengumuman 
"Tren tergendala sebentar selama 5 minit" (lebih kurang macam tu la). So ingatkan betullah 5 minit, sekali almost 1 hour tren terhenti without aircond dan tak buka pintu. Silalah bayangkan. Memang baju basah lencun dengan peluh dan rasa memang sesak nafas. Nak guna butang kecemasan, jauh la plak. Bila 1 jam tu barulah pegawai komuter dia manually buka pintu tu. Tak patut betul.

Pegawai tu cakap janakuasa elektrik rosak. Maybe tren ni akan ditarik guna lokomotive. Memang mengeluh semua orang la. So bersabar sekali lagi. Kawan saya yang preggy tu dah mula tak senang duduk. Kesian dia. Tunggu punya tunggu, no action. So apalagi, dahla sesak nafas dalam tu, saya dan kawan nekad terjun dari tren tu. Tinggi ok. Dengan pakai baju kurung, nasib tak pakai high heels. Dapat turun tu lega sangat. Segar.

Nekadla nak jalan ke Serdang, sebab rasanya tak jauh pun stesen Serdang tu. Kawan pun setuju. Jalan punya jalan, tetiba pegawai tadi jerit cakap dah ada elektrik. Fuhh lega. Tapi satu masalah lak nak kena panjat balik masuk dalam tren. Fuhh tinggi kut. Nasib ada tenaga terkumpul dan otot-otot tangan yang kuat untuk memanjat. Sebab dalam otak dah fikir macam mana nak balik rumah. Nasib ada duit lebih dalam purse. Memang niat nak tahan teksi je. Selamat duit.

Dah satu kerja lak nak panjat balik masuk dalam tren. Kalau tengok dalam gambar di atas memang boleh bayangkan ketinggiannya. Bila masuk dalam tren, lebih kurang 15minit gak baru dia jalan. Tu pun slow. Sekejap berhenti 5 - 6 minit baru jalan. 

Sampai ambil anak kat taska, berkumandang azan isyak. Sayu. Nak nangis tapi tahan je. Menangis sebab kaki macam nak tercabut berdiri lama sangat. Anak pun dah menangis sebab tahu ambil dia lambat. Memang dugaan. 

Hari tu ktmb umumkan naik tambang almost 50%. Nasib baik ditangguhkan. Memang tak setuju.

Tamat 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…