Pak Hailam Kopitiam

Semalam pergi Seremban. Tujuan? Saja-saja jalan. Balas dendam sebab letih kerja last 2 weeks. Pergi Pasaraya Mydin di Seremban 2. Nasib tak ramai orang.Sambil-sambil tu bolehlah beli barang dapur dan barang basah since sejak GST Mydin promote barang mereka murah. Murah ke? Yup memang murah nak beli barang basah kat Mydin.

Sebelum shopping tu, kiteorang dinner kat restoran ini.
Balas dendam sebab Encik Suami tak bawa lagi pergi Hai Peng Kopitiam kat Kemaman tu. So tekak pun teringin nak minum kat kopitiam, jom try kopitiam ni.

Terletak di Ground Floor, Pasaraya Mydin Seremban 2.

Kopitiam ni ada 6%GST Dan 10% Service Charge. Status Halal.

Kopi dengan saya tak boleh dipisahkan.
Meh tengok senarai menu mereka yang banyak ni sampai rambang mata tak tahu nak pilih mana.


Kalau pergi kopitiam tak order roti bakar memang tak sah. Kopitiam dengan roti bakar tak boleh dipisahkan.

Kiranya memang semua jenis menu ada, dari nasi lemak ke aneka mee, sizzling, western, chinese cuisine, yang tak ada cuma mamak punya jek. 


Mee Rebus Daging Kegemaran Datuk Misbun Sidek. Harga RM15.90

Siapa suka mee boleh cuba.

Pilihan Western pun ada. Complete menu dia daripada Timur hingga ke Barat dalam 1 restoran je.

Lama dah tak nampak Datuk Misbun Sidek ni.


Menu baru.

Apa yang kami order?

Steam toast RM4.00 (lembut sesangat roti nya)
Soft Boiled Egg On Toast RM6.90
(sedap lagi Roti Titab)

Peanut Butter dan Kaya Toast RM4.00

Dry Mee Wantan.
Rasa, macam makan kat Old Town White Coffee. Agaknya rasa Dry Mee Wantan ni sama je semua tempat.
Untuk budak-budak berdua.

Pak Hailam White Coffee (signature drink)  dan Kopi O.
 Kopi O memang sedap. Macam boleh bagi 5/5 bintang untuk Kopi O ni.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil