Skip to main content

Renungan dan Difikirkan

Semalam berkesempatan untuk attend 1 course ni. Penceramah dia memang hebat, orang berpangkat tinggi dalam government. Banyak ayat-ayat dia sampai hari ni saya ingat (tak tahu sampai bila noleh ingat maklumlah urat banyak putus.)

Ayat-ayat dia memang bagus untuk direnungkan.

" Orang Singapore kalau drive di negara dia, dia tak akan drive laju-laju. Tapi kalau dia masuk negara kita, dia akan drive laju. Kenapa? Selalunya if kita masuk negara orang lain, kita akan patuh undang-undang yang ditetapkan. Takut nak buat salah, tapi mereka tak? Why?? "

Sila jawab soalan dia. You should be know why. Easy question.

"Singapore is top 5 country who less corruption, but Malaysia?? "

Tetiba ada seorang kakak duduk di sebelah saya cakap, bolehlah negara mereka kecil. Nak je saya cakap another 4 country tu tak kecik kak! Sila google another 4 country. Menurut 2013 Malaysia di tangga 158 ye.

"Semua penjara yang ada kat Malaysia saya dah pergi buat lawatan, dari zaman Mona Fendy saya try nak jumpa dia tak dapat, sampai ke Anwar Ibrahim saya dah pergi. Almost 90 % im guarantee are Malay. Dari setua-tua banduan ialah Melayu, hinggalah paling muda ialah Melayu. Why? Padahal dekat tv dah macam-macam program islamik ada, dari Ustaz Don ke Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Anta tanya Ana Jawab, Tanyalah Ustaz semua ada. Kenapa??"

(Melayu tak semestinya Islam, Islam tak semestinya Melayu) - ada saya tulis dalam page FB.

"Selama 16 tahun saya buat ceramah Integriti untuk Jusa A,B, C gred 54, gred 52 saya jemput semua taknak hadir. Kenapa? Adakah takut terkena muka sendiri? Saya terpaksa brainwash untuk selitkan program lain, sebab saya kena ada target berapa banyak saya kena buat ceramah"

"Saya ada dulu bekerja dengan seorang bos ni. Malay! Sekarang dah jadi SUK negeri. Dia memang tak banyak cakap. Tapi Habit dia bila pukul 430petang dia akan round cari mangsa. Saya pernah kena dengan dia. Time tu dah pukul 430petang. Dia kalau datang memang secara senyap. Tak dengar tapak kasut. Dia suruh saya edit slide dia. Biasalah orang tua-tua nama je pangkat besar tapi takut komputer. Nak pegang mouse pun tak pandai. Dia suruh saya edit ayat dia sebanyak 17kali tau. Last-last awak tahu apa dia cakap, "saya rasa yang mula-mula tadi dah ok". Marah tak? Dah pukul 6 petang. Sikit pun tak ada sebutan terima kasih pun. Saya bukanlah harap sangat, but kalau dia cakap terima kasih tu saya rasa berbaloilah."

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…