Restoran Gulai Kampung

Dah lebih sebulan rasanya teringin nak makan masakan daging salai, tapi tak jumpa yang menarik hati di Bangi ni. Tulis ni je dah kecur air liur saya. Mana nak cari wehh..
Hari ni round sekitar Bangi. Maklumlah Bangi sekarang meriah dengan butik terkenal seperti BellaAmmara, Calaqisya, Radiusite dan banyak lagi. Menarikla sesangat. Semoga ditabahkan hati mengelak berbelanja berlebihan.
Back to topic. Jalan punya jalan sekitar Plaza Paragon Bangi, sederet dengan Kedai Islamic Relief tetiba nampak restoran ni...
Waaa terus laju pusing stereng parking kereta. Kedai ni terletak bersebelahan dengan Restoran Ayam Penyet AP dan Pejabat Serine Height.

Nampak tak bersusun periuk-periuk itu. Meh saya sebutkan satu persatu lauknya ye, ada Asam Pedas Pari, Tempoyak Patin Temerloh, Gulai Lemak Daging Salai, Gulai Lemak Ikan Keli Salai, Gulai Lemak Ayam Kampung, Sup Tulang, Gulai Lemak Siput Sedut, Ulam ulaman dan lauk biasa pun ada. Amacam terliur tak??

Ni lauk yang saya order, Telur dadar (anak sulung saya jenis suka makan telur), Gulai Lemak Daging Salai, Gulai Lemak Siput Sedut, Pucuk Paku Goreng Belacan. Penangan anak kampung yang dah lama tak makan masakan kampung.

Our star .... Siput sedut. Sedap. Sampai sekarang terbayang keenakan dan kepedasan gulai ni.

Ce tengok harga ..

RM 2.20 TEH AIS
RM1.90 TEH O AIS
RM 1.90 TEH O AIS
RM 3.00 NASI PUTIH (2 PINGGAN)
RM9.00 GULAI LEMAK DAGING SALAI
RM12.00 GULAI LEMAK SIPUT SEDUT
RM2.00 SAYUR PUCUK PAKU GORENG BELACAN.

Encik Suami cakap gulai lemak siput sedut sedap, daging salai tu tak macam salai. Overall 3 bintang daripada 5 bintang.

Restoran ni baru buka. Baru 11 hari. Dibuka jam 12 tengah hari sehingga 5 petang. Next week baru buka pagi untuk breakfast. Orang empunya restoran ni cakap, if dia dah cukup pekerja baru dia buka sampai malam.

Moga sukses. 
Jemput datang ke restoran ni ye. Siput sedut wallah .. best

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil