Sehari @ Hospital

(Kisah ini diceritakan oleh teman baik saya.)

We start now ..

Ada pesakit berbangsa Rohingya, bekas pesakit tibi. Nak discharge (keluar wad). So before keluar wad, nurse terangkan jenis-jenis ubat dan cara nak makan ubat tu.

Pesakit tu buat muka blur dan macam tak faham apa yang dorang cakapkan. So kami panggil doctor Myanmar yang ada di sini. Doktor tu pun jelaskan dengan bahasa dia. Still pesakit tu tak faham. Last solution panggil pekerja Bangladesh yang tolong tolak troli gedabak makanan tu. Pekerja Bangladesh tu pun tolong terangkan. Still and still pesakit tu buat muka blur.

Last-last seorang seorang pegawai perhubungan awam cakap,

Pegawai M : Kalau susah sangat, kita hantar jelah dia kat balai polis. Nanti polis settle kan..

Tiba-tiba dengar suara pesakit tersebut terus bersuara,

Pesakit Rohingya : Saya faham puan (bahasa melayu, okay!!)

Check punya check dia sebenarnya bekerja di Malaysia dan ada rumah pun. Siap dia mintak sijil cuti sakit sebab tak nak bekerja.  Adehh parah betul.

Punya nurse tadi yang cakap panjang berjela buat muka tak puas hati.  Kita punya la kelam kabut cari penterjemah sampai beberapa doktor tolong explainkan padahal dia faham je bahasa melayu

Macam-macam ragam alahai pesakit.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil