Skip to main content

Tabung Haji Cawangan Bangi


Weekend hari tu sempat menjengah pejabat Tabung Haji Bangi yang terletak berdekatan dengan Bangunan Warta (nama lama), atau sekarang nama baru Bangi Utama. Tujuan?? Nak simpan duit syiling dan duit note hijau yang saya nyatakan dulu. Dah penuh ok. Disebabkan jenis genetik tak boleh tengok duit banyak, better selamatkan duit itu dulu sebelum ia hilang daripada pandangan mata.

Orang tak ramai. Selamat selamat (memang jenis tak boleh tunggu lama-lama).
Terus pergi ke kaunter nak ambil nombor. Dont worry ada pegawai ditugaskan di situ. Silalah bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Menurut pegawai tersebut, kalau nak simpan duit, tak perlu isi borang. 

Saya tanya la, macam mana dengan duit syiling ni(sambil menunjukkan bekas milo saya ). Dia cakap before pergi ke kaunter, pergi ke mesin syiling. Waaaa senangla proses pengiraan. Lega lega tak perlu menunggu lama pegawai di kaunter mengira.

Bagi kaunter 1 - 6 di tingkat atas. Bawah ni kaunter 7 -8. Maybe bagi mengurangkan sesak di bahagian bawah.

Ada media interaktif. Tinggi betul bagi orang yang rendah macam saya ni.
Terpaksa menjengkit kaki. 

Rupanya macam macam ada kat Tabung Haji ni.

Kalau sesiapa kurang jelas tentang isi borang, pihak Tabung Haji dah tunjukkan sample. 

Bahaya bahaya. Memang saya elakkan benda ini. Taknak apply.
Nanti musnah masa depan hikhik.

Ni mesin kira duit syiling. Alamak macam tak senonoh je amek gambar orang tengah menunduk ni. Belek punya belek camera, gambar ni aje yang ada. Maaf kak. 

Mesin ini memang kepersisannya tinggi. Betul mesin ni kira sebab masa kat rumah saya dah siap kira duit syiling dalam bekas milo ni. Setelah selesai mesin ini akan keluarkan baucer duit syiling (slip). Slip ini kena bawa ke kaunter dan serahkan kepada pegawai bertugas untuk dimasukkan ke dalam akaun. Baucer duit syiling ini sah untuk 6jam sahaja. 

Bagi mendaftar menunaikan Haji, kelayakan minimum adalah mesti ada RM1300 di dalam akaun TH. After kita mendaftar, TH akan locked kan duit RM1300 tersebut, maknanya duit itu tak boleh dikeluarkan. 

So selain nak daftar haji or nak pergi menunaikan haji, jadikan Tabung Haji salah satu cara anda menyimpan duit. Macam duit kecemasan lah. Alhamdulillah urusan selesai tak sampai 30 minit. Pegawai memang peramah. Servis memang terbaik. Tabung Haji cawangan Bangi ni buka hari Sabtu tau sehingga jam 1300. So tak perlu ambil cuti sebab Sabtu pun boleh datang.

Alamat :

Pejabat TH Bandar Baru Bangi
No 401, Bangi Business Park
43600 Bandar Baru Bangi

Tel : 03 821 00804

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…