Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Likes My Pages

Dah lama create tapi baru sekarang minta korang likes sebab bila time saya busy/banyak kerja nak buat selalunya saya update status di sini. Lepas tu saya juga suka ambil gambar, suka-suka je.

Likes Page Facebook Saya
Klik di sini : ------------ > Pages SepasangKasutMerah

Follow Account Twitter Saya
Klik di sini : -------------> Account Twitter Asha.Merah 

Follow Account Instagram Saya
Klik di sini : ------------> Account Instagram Asha.Merah


ataupun boleh klik pada icon setiap account yang saya sertakan di side belah kiri blog ini.
Terima kasih kawan-kawan.

Penolong Tika Lewat Sampai Rumah dan Anak Dah Lapar

Ingat tak saya post sebab saya mencari airfryer sebab sebab sebab nya Encik Suami nak belanja. Cuba klik sini. Setelah mengkaji semua ciri dan brand akhirnya Encik suami buat kejutan belikan saya AirFryer jenama Tefal atau namanya Tefal Actifry Plus (ala sebab ada promosi time tu kat IOI Mall Putrajaya, harga asal RM999, disc RM799 free 3booklet recipes, 2 vacuum tupperware brand tefal).
Benda ni walaupun mahal, tapi betul-betul membantu. Nak tahu kenapa? Sebab just set masa dan terus masak sendiri tanpa nak tengok kuali takut hangit ke idok ikan goreng tu. Sambil tu boleh masak dish lain, sambil tu boleh balik kerja terus mandi lalalala tanpa risaukan makanan yang dimasak. Saya balik kerja tak menentu, so memang mudah nak masak makanan untuk anak-anak (saya lebih rela berpenat di dapur daripada beli makanan di luar) dan dan dan yang paling penting memang healthy sebab tanpa perlu pakai minyak or kalau nak pakai minyak gak just 1 table spoon je but hasilnya seperti goreng deepfry. P…

Buntu Idea Memasak (finger foods)

Minggu ni memang entah kenapa jadi tak ada idea nak masak. Anak sulung suka makan nasi (asyik minta nasi, aish tekak melayu sungguh), anak kedua pulak suka mee dan benda-benda lain selain nasi. Hari ni dari pagi tadi dok google makanan yang ala-ala finger food untuk minum petang dan bekal untuk anak sukung esok sekolah. Sekali jumpa benda ni kat google. Menarik. Jom kita tengok Tak perlu susah-susah nak hidang makanan anniversarry huhu.

Rasa macam nak buat esok untuk bekal anak sekolah
Toleh kat kabinet, ala nutella dah kehabisan stock. Damn..
Untuk diet karbo bagus ni.



Heavennya tengok gambar ni
Sesuai untuk bekal anak.
Tak perlu nak beli aiskrim goreng dekat pasar malam. RM2.50 satu ok.
* credit to google.
Menarik kan? Boleh cuba.

Taman Burung, Kuala Lumpur

After pergi Muzium Negara, bawa budak-budak pergi Taman Burung pulak.  Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran Masjid Negara, Taman Tasik Perdana dan Muzium Kesenian Islam.


Masa nak beli tiket kena tunjuk MyKad.

Ada 4 zone untuk dilawati. Seriously memang penat dan berpeluh sebab jalan berbukit bukit dengan nak handle budak 2 orang ni.
Masuk je di sapa si burung kuning ni.
Semua burung di sini diawetkan so memang real.

Awas : Selepas ni semua gambar tanpa caption.  Yang menariknya semua burung - burung ini dibiarkan berkeliaran kecuali ostrich.





Kalau rasa macam tak tahu nak pergi mana bawa anak-anak di Kuala Lumpur, boleh pilih destinasi ini selain Zoo Negara. Tak banyak gambar ambil sebab busy menjawab pertanyaan anak. Next maybe nak bawa mereka pergi Planetarium Negara pulak.

Day 3 : Dinner Masak Lasagna

Dah macam blog masakan la pulak. Padahal sebab kebosanan cuti tak pergi mana-mana just jalan sekitar Kuala Lumpur je. Tema masakan cuti ialah western. En Suami tekak dia kali ni tekak western so kita layankan aje.
Kali ni nak masak lasagna. Bahan-bahan yang kena ada : 


Acctually lagi bagus kalau guna cheddae cheese untuk inti dan topping guna 2 jenis cheese iaitu mozarella dan parmesan. Tapi dek kerana nak berjimat gunakan aje pizza topping ni.
Cara membuatnya : 
Sama macam sherpherd pie hari tu, cuma tambah sos spagethi. Bahan-bahan tumis sama macam Sherpherd pie.
Lepas dah siap masak bubuh secara berselang seli,  Lapisan pertama : kulit lasagna. Lapisan kedua : daging Dan seterusnya ikut selera masing -masing nak berapa tinggi.. Make sure kelembapan tinggi sebab kalau tak kulit lasagna tu akan jadi keras. So masak daging tadi jangan sampai kering ok.
Lapisan atas tadi letakkan pizza topping dan saya saja je letak daun sup. Hehe.
Panaskan oven terlebih dulu 180degree, lepas tu baru bakar. Yeayy …

Kelas Masakan Bersama Anak : Butter Cake

Cuti panjang tempoh hari, buat kelas masakan dengan anak. Since semua excited, saya pun excited nak buat kek. Kek yang paling mudah ialah kek mentega @ butter cake. 
Bahan-bahan nya :
I cawan gula kastor 4 biji telur 250g mentega Sedikit esen vanilla.
Coklat untuk elemen 'surprise'
2 cawan tepung gandum.
Tips 1 : gunakan cawan yang sama untuk menyukat bahan-bahan kek
Satukan telur, mentega (room temperature), gula. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sebab anak nak buat so pukul pakai tangan.
Pukul hingga sebati ye.
Adik pun sibuk nak mencuba. 
Sorry gambar tak berapa nak elok. Masukkan adunan tadi separuh. Letakkan coklat tadi di tengah-tengah, baru tambah semula adunan hingga menutupi coklat tadi.
Panaskan oven 180degree. Baru boleh masak kek. Kalau nak tahu kek dah masak atau tak, cucuk kek dengan garfu, kalau garfu elok bersih ketika keluarkan maknanya kek dah masak.
Ok siap. Mudahkan. Saja nak bagi budak-budak ada aktiviti. Boleh cuba idea ini. Selamat mencub?