1 May 2015 : Sungai Kemensah @ Celi Chalet

Selamat Hari Pekerja everyone. Cuti panjang kali ni tak pi balik kampung. Tengok highway depan rumah menuju ke selatan, ngeri rasa. (Trauma pernah stuck dalam jem 16 jam masih berbekas di dalam hati). Nekad taknak balik kampung. Nak jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur or Negeri Sembilan je.

Kisah 1st day cuti. Plan nak picnic kat sungai. Masa tu fikir Sg Gabai or Sg Tekala. Tapi macam malas je nak drive jauh-jauh. Tetiba dapat idea nak pergi Sungai Batu Asah, Kemensah. 

Tips 1: Sungai ni terletak di belakang Zoo Negara. So cari dalam google maps Zoo Negara ye. Sebab kalau guna keyword Batu Asah memang takde. Yang ada Batu Asah, Langkawi je.

Tips 2: Jalan terus masuk ke dalam. Mula-mula akan nampak perumahan mewah. Lepas tu kawasan kampung. Jalan kecil ye. Jika terdapat kemderaan bertentangan alamatnya memang kena berhenti.

Jalan terus ke dalam sampai nampak signboard ni sebelah kiri.




Pintu masuk ke sungai. Asalnya nak pergi air terjun tapi no direction. Satu kelemahan tempat ni memang takde direction. Direction hanya ada masa mula-mula masuk Zoo tu sahaja.

Rate di sini. Kami sewa tapak je. So kena bayar RM15. Kalau nak bermalam start 5petang -5petang keesokkannya kena bayar RM100. 

Ada ATV.

Kawasan parking. Masa keluar jam 6petang, memang full. Ramai gak yang bermalam di sini. Macam meriah je.




Pondok chalet. Ada disediakan tikar dan tilam.

Ada pengunjung dah sediakan tapak khemah. Macam best je.

Turut ada tempat BBQ. Yelah kalau picnic mestilah ber BBQ kan. Baru best.

Ni la namanya sewa tapak. Sekali masuk RM15. Tak kira lah berapa orang sekalipun. Tempat pun bersih. 


Nak buat terjunan pun boleh. Tempat ni agak dalam. Tapi masa saya datang semua dah di conquer oleh budak-budak bujang.

Tenang je lihat.

Mandi-manda lepas tu pekena ayam KFC. 


Berbaloi jugak la nak berkelah di sini. Kiranya macam destinasi budgetla. Bawa anak mandi-manda, tangkap ikan kecil yang syok sangat berenang di tepi kaki. Air pun tak keruh. Tempat pun cantik. 

Tempat ni juga disediakan surau dan tandas awam (tak perlu bayar). 

Tips 3 : Sila bawa makanan ye, sebab di sini tiada orang jual makanan mahupun minuman.

Ok, episod Day 1 cuti panjang dah selesai. Until next post. Happy holiday everyone.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil