Skip to main content

Day 2 : Breakfast @ Pekan Bangi Lama

Belakang kawasan perumahan saya adalah kawasan kampung. Menarik! Itu yang boleh saya katakan. Pekan Lama Bangi. Seawal 6pagi dah ada warung yang buka. Ada pasar lama. Agaknya sebab membesar di kampung, mostly rasa best. Kerbau, lembu, angsa, itik, kambing, kambing biri-biri me,ang banyak berkeliaran. 

Saya suka tengok deretan kedai lama yang nampak sungguh antik. Pagi ni saya ajak keluarga pergi breakfast kat satu gerai ni. Dari dulu saya memang teringin sebab kalau pagi-pagi pergi kerja mesti dia dah buka dan ramai orang.

Menariknya bukan orang melayu je, india dan cina pun datang makan di sini. Oh lupa je nak cakap, Pekan Lama Bangi ni komutinya terdiri daripada Cina, India dan Melayu. Maka tak heranlah kedai macam ni penuh dengan 3 kaum tersebut menikmati nasi lemak dan teh tarik.


Warung ni terletak di bawah pokok besar yang rendang. Makan tengah hari pun turut disediakan. Tenang je dengan suasan kampung.

Full house seawal pukul 8 pagi.

Nasi lemak RM1.00

Encik Suami cakap, dah jadi sinonim kalau gerai kat kawasan kampung mesti disediakan siap-siap telur rebus atas meja. 

Roti canai yang sudah habis dimakan oleh anak lelaki saya.

Menariknya kita boleh meluaskan pergaulan kita dan memahami budaya berlainan kaum di tempat begini. Berbual dan beramah mesra. Mesti ingat lagi status saya di facebook tempoh hari kan .. (ke ada tak baca?).

Cuba luaskan pergaulan anda. Di tempat beginilah kita dapat mengenali mereka. Tentu anda temui sesuatu yang menarik dan istimewa dan menghormati budaya masing-masing.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…