Day 2 : Dinner Masak Sherpherd's Pie

Mendung je hari ni. Perut pun rasa lapar. Nak keluar, hujan dah mula turun. So nak masak yang mudah mudah aje. Tekak teringin nak masak western. Selalunya resipi western ni paling mudah dan senang digunakan.


Bahan - bahan :

1. Kentang.
2. Susu segar.
3. Butter/mentega.

Kentang yang telah siap direbus, dilenyekkan dan dicampur dengan susu segar dan butter untuk tambah rasa lemak.

4. Daging kisar  
5. sayur campur/mixed vegetables.

6.Sos tomato, 
7. thyme (takde pun takpe), 
8. Mixed Herbs (takde pun takpe), 
9. Blackpepper.

 Cara Memasak : 

Tumis bawang putih, bawang merah sehingga kekuningan.

Masukkan daging kisar. Masak sehingga air daging hilang. Jangan guna minyak banyak sebab daging sendiri dah banyak minyak. Setelah daging siap dimasak, masukkan mixed vegetable tadi. Perasakan dengan bahan 6 - 9 dan sedikit garam.

Padatkan dalam loyang.

Letakkan kentang yang dilenyekkan di atas daging tadi. Ratakan hingga menutupi daging tersebut. Acctually bawah loyang itu, letakkan selapisan kentang dilenyekkan (jadikan sebagai dasar) tapi disebabkan kentang tak cukup, maka saya letak di bahagian atas sahaja.


Sebelum tu panaskan oven 180degree.

Last bakar dalam oven sehingga lapisan kentang di atasnya kekuningan. Saya main agak-agak sahaja.

So jadilah sherperd pie. 

Mana gambar yang dah siap?? Maaf anak dah makan dulu, tak sempat nak ambil gambar.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil