Day 3 : Breakfast Masak Spagethi Aglio Olio


Bangun pagi rasa malas sangat. Nak keluar beli breakfast pun malas, padahal sekangkang kera je pun. Buka kitchen cabinet, ternampak spagethi. So spagethiyang paling mudah dan simple ialah spagethi aglio olio.

Buka fridge terus ambil udang dan sotong (kalau ada scallops maybe lagi best)

Bahan - bahan yang diperlukan : 

Bawang holland
Bawang putih
Black pepper (tidak ada dalam gambar)
Chilli flakes (ambil lebihan domino hari tu )
Kiub ayam/ikan bilis
Udang 
Sotong

Dan benda wajib ialah spagethi San Remo. (Sorry gambar terbalik).

Cara masak memang mudah sangat.

1. Tumis bawang putih.
2. Lepas dah agak kekuningan, masukkan sotong dan udang, blackpepper.
3. Bila dah masak, masukkan kiub ayam/ikan bilis, bawang holland.
4. Perasakan dengan secubit garam.
5. Last sekali, masukkan spagethi yang sudah siap direbus (direbus kira-kira 9 minit).


Kan dah cakap senang sesangat. Mudah je. Ni versi budak berdua punya.

Untuk ayah dan ibu letak chilli flakes banyak-banyak sebab kami memang suka pedas.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil