Jejak Kaki ke Muzium Negara

Tak ingat last pergi Muzium Negara bila. Entah-entah masa sekolah. Tapi memang dalam fikiran teringat patung burung garuda besar dan buaya puchong yang telah diawet. So cuti panjang baru-baru ini, suami ajak pergi Muzium Negara.

Tengok ada construction MRT di sebelah. Wah lepas ni senanglah nak access ke Muzium Negara. Kami sampai lebih kurang pukul 10pagi. Masa itu banyak bas travel parking, adalah lebih kurang 6buah. Tentu penuh muzium.



Di luar bangunan Muzium Negara terdapat 2 buah muzium kecil lagi. Tapi kami tak masuk.

Kawasan di luar Muzium Negara :



Proton Saga dah masuk dalam pameran di Muzium Negara.

Siap ada perkhidmatan melukis potret.

Namanyan perahu sekoci.

Setiap bahan pameran ada disertakan code untuk diimbas. Boleh dibaca melalui smartphone anda.

Muzium Negara terbahagi kepada 4 galeri mengikut era zaman :


Galeri A dan B terletak di aras bawah.


Galeri C dan D terletak di tingkat atas.
Galeri D ialah Malaysia Kini. (Gambar tak ada sebab anak-anak dah buat muzium tu macam rumah mereka sendiri. Maka terjadilah adegan polis sentri)
Selepas ini akan penuh dengan gambar ye.







Alat ini berusia 200 tahun.





Kalau ikut pemahaman membaca perjanjian ini, Chin Peng boleh balik ke Malaysia.

Muzium Negara sekarang dah moden. Tak perlu susah susah nak catat or ingat, imbas je kod yang diberi.

Hari tersebut, muzium memang penuh dengan foreigner yang dibantu oleh volunteer Muzium Negara menerangkan maksud setiap galeri. Ada pelancong dari France, Jepun, China, Britain dan kurang jugak budak-budak sekolah kita. 

Acctually bagi kami yang jenis suka membaca ni memang best pergi di sini. Macam-macam boleh tahu. Barang pameran pun menarik, siap ada meja asal yang digunakan semasa Perjanjian Pangkor yang bermulanya era British masuk campur hal pertadbiran tanah Melayu. Ada juga barang pameran yang dipamerkan secara interaktif, so memang tak membosankan bagi kami. 

Kami habiskan masa almost 2 hours di dalam muzium. Gambar-gambar itu yang sempat diambil, tak banyak sebab terpaksa main polis sentri dengan anak hehehe. 

Sekali sekala pergi tempat yang boleh tambah ilmu memang menarik. So apa kata turn korang pulak pergi ke Muzium Negara. Tak rugi nak jelaskan kat anak-anak nanti.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil