Kelas Masakan Bersama Anak : Butter Cake


Cuti panjang tempoh hari, buat kelas masakan dengan anak. Since semua excited, saya pun excited nak buat kek. Kek yang paling mudah ialah kek mentega @ butter cake. 

Bahan-bahan nya :

I cawan gula kastor
4 biji telur
250g mentega
Sedikit esen vanilla.

Coklat untuk elemen 'surprise'

2 cawan tepung gandum.

Tips 1 : gunakan cawan yang sama untuk menyukat bahan-bahan kek

Satukan telur, mentega (room temperature), gula. Pukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Sebab anak nak buat so pukul pakai tangan.

Pukul hingga sebati ye.

Adik pun sibuk nak mencuba. 

Sorry gambar tak berapa nak elok.
Masukkan adunan tadi separuh. Letakkan coklat tadi di tengah-tengah, baru tambah semula adunan hingga menutupi coklat tadi.

Panaskan oven 180degree. Baru boleh masak kek. Kalau nak tahu kek dah masak atau tak, cucuk kek dengan garfu, kalau garfu elok bersih ketika keluarkan maknanya kek dah masak.

Ok siap. Mudahkan. Saja nak bagi budak-budak ada aktiviti. Boleh cuba idea ini. Selamat mencub?

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil