Penolong Tika Lewat Sampai Rumah dan Anak Dah Lapar

Ingat tak saya post sebab saya mencari airfryer sebab sebab sebab nya Encik Suami nak belanja. Cuba klik sini. Setelah mengkaji semua ciri dan brand akhirnya Encik suami buat kejutan belikan saya AirFryer jenama Tefal atau namanya Tefal Actifry Plus (ala sebab ada promosi time tu kat IOI Mall Putrajaya, harga asal RM999, disc RM799 free 3booklet recipes, 2 vacuum tupperware brand tefal).

Benda ni walaupun mahal, tapi betul-betul membantu. Nak tahu kenapa? Sebab just set masa dan terus masak sendiri tanpa nak tengok kuali takut hangit ke idok ikan goreng tu. Sambil tu boleh masak dish lain, sambil tu boleh balik kerja terus mandi lalalala tanpa risaukan makanan yang dimasak. Saya balik kerja tak menentu, so memang mudah nak masak makanan untuk anak-anak (saya lebih rela berpenat di dapur daripada beli makanan di luar) dan dan dan yang paling penting memang healthy sebab tanpa perlu pakai minyak or kalau nak pakai minyak gak just 1 table spoon je but hasilnya seperti goreng deepfry. Percaya?? Ok nanti kita tengok gambar ye. Disebabkan dia adalah pembantu yang terbaik maka saya terus jatuh cinta dengan Tefal Airfryer ni. Good good.


Ni lah buah hati saya. Disebabkan benda ni rajin sekarang masak pagi-pagi untuk bawa bekal ke pejabat dan anak pun bawa bekal ke sekolah. 


Ini timer. Simple kan? Budak tadika pun boleh guna. Oh lagi satu yang menariknya, boleh terus masuk makanan frozen dalam ni untuk digorengkan. Cuma kena set masa lebih sikit. Bukan setakat goreng je macam -macam boleh buat guna alat ini. 

Kenapa tak beli microwave je?? Salah satu sebab tak beli microwave sebab microwave tak boleh nak goreng. Microwave ni lebih kepada memanaskan makanan betul tak? Hehe.. (itu yang saya nampak bila pergi rumah orang, guna microwave untuk memanaskan makanan). Sebab kedua sebab nak sihat, guna minyak sikit aje. Saya selalu lupa nak bawa keluar ayam/ikan/daging daripada bahagian fridge untuk dimasak waktu petang, so benda ni paling senang. Letak je ayam yang dah sejuk beku seasoning sikit, set timer lebih sikit, leh masak. 

Kenapa tak beli brand lain? 
1. Tefal ni compartment dia besar, so boleh letak banyak makanan.
2. Semua part compartment Tefal boleh buka, memudahkan untuk proses membasuh. Ini sangatlah penting.
3. Menggunakan teknik sepenuhnya airfryer tanpa ada rod pemanas bagi sesetengah brand.
4. Sebelum beli barang, saya suka nak google review setiap brand, so rasanya Tefal yang paling bagus.
5. I love Tefal (dah Encik Suami belikan Tefal, dengan hati gembira saya menerimanya), tambahan pula time ni promosi sangat berbaloi.



Ni part bawah, kalau nak masak sayur goreng ke, nasi goreng, Tefal Airfryer ni ada pemutar untuk sebatikan adunan.


Ini bilah yang banyak berjasa.

Tapi kalau nak goreng, di bahagian atas boleh letakkan jaring, ala macam pemanggang tu. Dia akan berputar 360darjah ok.


Compartment ni pun boleh dibuka untuk di lap tau.

Bubuh sedikit kunyit, secubit garam, sedikit kicap dan setengah sudu minyak masak
Tadaaa .. jeng jeng 


Ini hasilnya, ayam goreng yang dimasak selama 13minit. Menariknya, daging ayam ni lembut dan juicy. Tak kering pun macam selalu kita goreng. Sedap. Kita masak bahagian lain pula. 


Bahagian isi. Sama juga hasilnya. Tender and juicy. Padahal masak sekali dengan drumstick tadi. Tapi hasilnya cukup memuaskan.


Bila saya cabutkan compartment airfryer. Nampak macam susah nak basuh kan? Percayalah memang senang. Kecuali la kalau anda malas sangat tinggalkan benda ni lama-lama dalam sinki, memang kena usaha sikitla nak menyentalnya.


Selepas dicuci. Ok kan? Mudah sahaja.

2 buku resepi percuma.
Macam - macam resipi/hidangan boleh dibuat menggunakan Tefal Airfry Plus.





2 bekas makanan vacuum. (Lagi satu bekas dalam fridge). Perempuan memang suka benda-benda percuma. Memang suka dapat bekas ni sebab boleh memastikan kesegaran makanan/bahan mentah.

Terima kasih Tefal. Pembantu yang terbaik. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil