Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Cerita Semalam

Semalam entah kenapa teringin sangat makan durian. Tengok kat tepi-tepi jalan sekitar bangi, penuh orang jual durian. 3biji = RM10, 2biji = RM10, ini durian kampung. Kalau musang king 1kilo = RM25, D24 = RM20 dan macam-macam lagi la. 

Sebelum suami beli siap pesan, beli yang murah-murah je. Tak yah beli mahal-mahal sebab sekarang tgh musim. Orang still jual mahal. Nanti nak dekat raya, mesti harga turun. Kan kan .. 
Dahla musim panas, makan durian anak beranak. Paksa anak sulung makan sebab dia memang tak suka. Paksa punya paksa akhirnya dia pulak hari-hari minta nak makan durian. Haishh macam-macam perangai.
Tulis pasal durian teringin la pulak nak makan durian dengan pulut bubuh santan dan gula. (Tetiba meleleh air liur). Tak boleh jadi ni, nak kena cari semula durian, masak sendiri pulut kat rumah. 

Kisah hujung minggu hari tu, tetiba nak wat surprise kat suami. Hahaha patutnya suami bagi isteri bunga, ni isteri yang bagi kat suami. Biarlah. Sesaje nak terkejut kan dia. Yelah dah 3min…

Cerita Camping

Dari minggu lepas sampai lah semalam, setiap kali ambil anak sulung (abang) dari sekolah, mulut dia tak pernahlah berhenti membebel mengenai sekolah dia buat kem ibadah sempena ramdhan, tidur dalam khemah kat padang masjid.Abang cerita lah dia nak tidur dalam khemah dengan kawan. Memang excited sangat-sangat. Terasa keterujaan dia. Macam-macam dia cerita persediaan abang nak pergi camping. Sampai ibu tak larat dah dengar. Bila ibu gurau dengan dia cakap tak perlu pergi, terus abang pujuk ibu cakap dia nak pergi. Kelakar pun ada. Dalam hati saya risau juga sebab kem tu 3 hari 2 malam. Abang tak pernah la pergi lama-lama macam tu. Sah sah sunyi rumah kalau dia tak ada. Nak dijadikan cerita, semalam cakap dengan abang.Ibu : Abang, malam ni ayah balik tau.
(2minggu Encik Suami tak balik sebab on duty)Abang : Yeay yeay yeay ayah balik. (Terlompat lompat)Ibu : Tapi abang jumpa ayah sekejap jelah, sebab esok abang dah nak pergi camping.Abang diam. Abang : Ibu, abang tak nak pergi lah. Nak d…

Last Ep : Back To Reality

Dah nak kena balik KL. Sekejap je rasa. Tapi sebelum balik mestilah pekena Nasi Kukus dulu kan? Tapi kat sini dont worry memang banyak restoran/warung/gerai yang jual nasi kukus ni. 
Sebab on the way balik KL, kiteorang cari je mana-mana gerai yang jual nasi kukus. Maka ter'stuck' kat warung Kak Zie di Paya Mengkuang.
Kalau macam ni punye banyak, leh kongsi 2 orang.
Besar sungguh ayam ni. Harga? RM6.50 je.
Anak saya makan Nasi Sup. (Nasi, timun, telur dadar, sambal belacan) dan
Sup daging. 
Setelah selesai makan, maka saya drive balik Kuala Lumpur. Cuaca hari tu memang mendung. Hujan turun di beberapa tempat (dah macam penyampai berita cuaca RTM). Highway arah ke Pantai Timur dah mula sesak, tapi nasib baik highway arah Kuala Lumpur okay lagi.
Masa drive, Encik Suami minta berhenti di RNR Temerloh. Tanya dia kenapa. Rupanya dia nak makan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Ok, Saya memang terkejut sebab dia memang tak suka makan tempoyak. Tanya dia macam mana pula dia boleh teringin nak makan. E…

Sarapan Pagi di Kemaman

Kalau sesapa tinggal di Kemaman atau yang datang ke sini, mesti pernah terdengar ke'famous'an Kopitiam Haipeng kan?. Ramai jugak yang update blog cerita mengenai ke'best'an kopi dan toasted bun mereka.
Tapi kali ni saya nak cerita mengenai Kopitam Sukiyang by Haipeng. Kenapa 'by haipeng'?? Sebab mereka adik-beradik. Kenapa buka cawangan nama lain? Menurut cerita gosip yang tersebar luas seantero Kemaman, adik beradik ni bergaduh maka berlakulah pecah 2 kopitiam ni. 
Ok takyah gaduh-gaduh lagi, mari kite pekena kopi dulu.
Kalau Haipeng Kopitiam ada 1 cawangan, tapi Sukiyang ni dah buka 2 cawangan kedai yang lebih besar daripada Haipeng. Maybe nak tunjukkan kehebatannya. Kedai ni dirasmikan oleh Menteri Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek. Hebat gitu. (Aishh jangan gaduh-gaduh maaa).
Alamat Kafe Sukiyang.
Buku menu punyalah besar. Jelas sebutir sebutir tulisan.
Antara menu yang ada :


Menggunakan istilah BREAKFAST LIKE A KING maka mulalah sesi mengorder makanan yang glame…

Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman

Kalau nak berjalan dan menggembirakan anak- anak bawa mereka pergi zoo atau tempat mandi (pool,sungai,laut,watertheme park). Tu yang kami pegang. Sebab budak-budak memang suka kalau kita bawa mereka di tempat macam ni.
Apa lagi, mohle kita pergi ke Taman Rekreasi & Zoo Kemaman. (Kalau sesapa nak pergi River Cruise dan tengok kelip-kelip inilah tempatnya)
Welcome welcome.  Panas terik. Habislah pipi anak merah-merah, gen anak orang german dorang ni. Tak boleh panas.
Sila baca.
Rate murah. Lega dompet ayah.
Mula -mula naik tram. Dek kerana tram penuh, tempat duduk tak berapa nak strategik maka tak dapat nak ambil gambar kandang emu, ostrich dan kasawari.  (Bukan ke ostrich & kasawari ni binatang yang sama?)
Tram akan berhenti ni sini. Tempat pertunjukan ular. Malas kami nak join sebab asyik berceloteh je mamat ni. Maka marilah kita berjalan dengan riang ria di bawah terik mentari
Maka binatang pertama yang kami jumpa lepas turun tram ialah : 
Ikan Arowana say hi kat kami. Besar betul ikan …