Skip to main content

Alahai Anakku

Awal pagi tadi, selepas selesai mandikan budak-budak berdua tetiba anak sulung cakap,

Abang : Ibu, abang nak bawa bekal nasi lemak

Ibu : Malam tadi kan abang cakap taknak bawa bekal, nak makan kat sekolah. So ibu tak masaklah pagi ni.

Abang : Abang nak nasi lemak, pleaseeee bolehlah ibu (perkataan wajib kalau nak minta sesuatu 'pleaseeee')

Ibu : Esoklah ye. Esok ibu masakkan nasi lemak untuk abang.

Abang : Takpelah, ibu beli je dekat kedai pagi ni.

Ibu : Kedai tak buka lagi la abang. Kalau ibu lambat, nanti ketua ibu marah sebab ibu lambat datang pejabat.

Anak sulung diam lepas tu. Pada mulanya menyangka pujukan tu berjaya lah. Tapi bila sampai depan pintu sekolah (6pagi), dia menangis. Minta nasi lemak. Aduhai anak. Still pujuk dia dengan ayat "esok ibu masakkan nasi lemak".

Saya masuk ke dalam kereta semula tapi hati dah tak sedap. Tak sedap sebab tak dapat nak tunaikan hajat anak. Memang tak sedap. Macam-macam fikir dalam kepala. Bertabahlah duhai hati. Tetiba dalam hati berdetik, takpelah kalau lewat pun sampai pejabat asalkan hati tenang nak buat kerja. Tekad nak cari warung nasi lemak yang dah buka awal pagi. So cepat-cepat drive pergi parking ktmb, berdoa agar warung yang behampiran komuter tu buka. Baru terfikir ada warung kat komuter tu.

Memang rezeki anak, warung tu buka. Alhamdulillah. Tanya pakcik yang jaga parking tu.

Saya : Pakcik, saya bayar parkig dulu tapi lepas ni saya nak keluar semula sebab nak beli nasi lemak untuk anak. Kalau saya masuk semula, saya kena bayar lagi sekali ke?"

Pakcik KTMB : Ala muka anak, pakcik dah kenal. Tak payah bayar.

Lega hati. Kalau kena bayar dua kali alamat bergandalah belanja hari ni. So siap-siap beli, patah balik ke tadika anak (perjalanan patah balik ambil masa 14minit) plus tunggu nasi lemak bungkus = approx 20mins. Terkejut anak bila ibu datang bagi nasi lemak. Senyum lebar. 

Saya niatkan dalam hati " Ya Allah sekiranya apa yang aku lakukan ini menggembirakan hati anakku, permudahkanlah perjalanan pergi dan balik kerjaku". Dalam hati memang risau sebab sah sah akan lewat ke pejabat. Habislah rekod tak bagus.

Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan saya. Komuter takde masalah, bas senang dapat, jalanraya clear (selalunya jem kalau lewat macam ni), pemandu bas tak tunggu lama (maklumlah bas metro ni selalu tunggu lama nak cari penumpang) dan alhamdulillah sampai pejabat pukul 745pagi. 

Walaupun benda ini nampak kecil tapi rasa terkesan dalam hati. Betapa Allah itu Maha Penyayang, mengasihi hambaNya. Ameen. (Niat dalam hati akan lebih tingkatkan amalan dan kualiti amalan).

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…