Skip to main content

Cerita Camping

Dari minggu lepas sampai lah semalam, setiap kali ambil anak sulung (abang) dari sekolah, mulut dia tak pernahlah berhenti membebel mengenai sekolah dia buat kem ibadah sempena ramdhan, tidur dalam khemah kat padang masjid.

Abang cerita lah dia nak tidur dalam khemah dengan kawan. Memang excited sangat-sangat. Terasa keterujaan dia. Macam-macam dia cerita persediaan abang nak pergi camping. Sampai ibu tak larat dah dengar. Bila ibu gurau dengan dia cakap tak perlu pergi, terus abang pujuk ibu cakap dia nak pergi. Kelakar pun ada. Dalam hati saya risau juga sebab kem tu 3 hari 2 malam. Abang tak pernah la pergi lama-lama macam tu. Sah sah sunyi rumah kalau dia tak ada.

Nak dijadikan cerita, semalam cakap dengan abang.

Ibu : Abang, malam ni ayah balik tau.
(2minggu Encik Suami tak balik sebab on duty)

Abang : Yeay yeay yeay ayah balik. (Terlompat lompat)

Ibu : Tapi abang jumpa ayah sekejap jelah, sebab esok abang dah nak pergi camping.

Abang diam.

Abang : Ibu, abang tak nak pergi lah. Nak duduk dengan ayah.

Ibu : Eh eh ibu dah kemas beg dah. Pergi jelah. Kenapa nak duduk denga  ayah?

Abang : Taknaklah pergi. Duduk dengan ayah best. Lagi best duduk dalam khemah.

Haish budak ni. Ada-ada sahaja. Penat menyusun barang dia dalam beg terpaksalah punggah balik.

Malam semalam, abang tunggu ayah sampai ayah balik. Dia dengar je bunyi kunci pintu, terus terjun katil berlari. Malam semalam dia pun mulalah membebel bercerita dengan ayah dia sampai tengah malam.


(p/s : Selamat Hari Bapa. Istimewa untuk ayah saya dan Encik Suami)

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…