Cerita Semalam


Semalam entah kenapa teringin sangat makan durian. Tengok kat tepi-tepi jalan sekitar bangi, penuh orang jual durian. 3biji = RM10, 2biji = RM10, ini durian kampung. Kalau musang king 1kilo = RM25, D24 = RM20 dan macam-macam lagi la. 


Sebelum suami beli siap pesan, beli yang murah-murah je. Tak yah beli mahal-mahal sebab sekarang tgh musim. Orang still jual mahal. Nanti nak dekat raya, mesti harga turun. Kan kan .. 

Dahla musim panas, makan durian anak beranak. Paksa anak sulung makan sebab dia memang tak suka. Paksa punya paksa akhirnya dia pulak hari-hari minta nak makan durian. Haishh macam-macam perangai.

Tulis pasal durian teringin la pulak nak makan durian dengan pulut bubuh santan dan gula. (Tetiba meleleh air liur). Tak boleh jadi ni, nak kena cari semula durian, masak sendiri pulut kat rumah. 


Kisah hujung minggu hari tu, tetiba nak wat surprise kat suami. Hahaha patutnya suami bagi isteri bunga, ni isteri yang bagi kat suami. Biarlah. Sesaje nak terkejut kan dia. Yelah dah 3minggu tak balik, so sekali sekala kena ada elemen surprise bila dia balik. 

Ok tak?

Oklah bye .. sambung kerja balik

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil