Skip to main content

Restoran Omar Syarif Rojak Penang, Bangi

2 minggu lepas lalu kawasan ini sebab nak pergi butik-butik yang begitu meriah tumbuh di Bangi ni. Sekali lalu ternampak restoran ni. Melimpah ruah banyak sangat pelanggan sampai ke luar. Dalam hati target nak merasa cendol dan rojak penang nanti.

Semalam dalam pukul 11 pagi lalu tengok restoran ini baru buka, dan semestinya tak ramai orang (kita orang je baru sampai). Siap-siap parking kereta, terus terjah masuk ke dalam restoran.


Restoran Omar Syarif Rojak Penang (sebelah kedai Sandwich King)
No 3A-G-01, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
(Landmarks : Belakang Manjaku, Bangi)
FB : Facebook

(Bila buka fb restoran ni, larrrr rupanya saya dah pernah makan kat warung dia. Dulu dia jual kat tepi jalan, maybe disebabkan permintaan ramai, so dia sewa satu kedai. Good jobs. Klik di sini untuk post lepas). Dah maju dah owner. Bagus bagus.


Mereka baru siap-siap nak mulakan perniagaan tapi kami dah terjah dulu. Murah rezeki sebab buka-buka je dah ada customer macam kami.


Rupanya owner restoran ni jual produk Shaklee. Punyalah besar banner dia yang menerangkan khasiat produk Shaklee ni. Sesapa yang perlukan produk Shaklee ni, boleh terus terjah ke restoran ini.


Kalau tengok harga, kebanyakkan nya memang murah. Mee Sup Utara baru RM 4.00. Mana nak cari Mee Sup Utara harga macam ni kat Bangi.


harga memang murah. Berbaloi sesiapa yang bawa kawan ramai-ramai makan dekat sini. Tak lari budget, konpem !!


Cendol pun ada macam-macam jenis.

Disebabkan restoran rojak, semestinya kami order rojak la kan. 

Rojak biasa : RM4.00

Rojak biasa. Makan sambil bertemankan lagu-lagu dari SinarFM (mesti owner peminat tegar radio Sinar ni). Walaupun bertemankan lagu yang best tetapi rojak ni bagi saya biasa sahaja. Kuah dia biasa. Terlebih manis sikit. (ke aku yang lidah takleh manis, maklumlah orang nogori). Tapi kenyang gakla makan rojak ni.


Cendol Pulut : RM 2.50

En Suami order cendol pulut tapi pulutnya sikit berpatutan dengan harganya. En suami cakap "sikit sangat pulut, macam nak taknak je bagi". Komen jujur daripada Encik Suami.

Ais Kacang biasa : RM 2.50

 Saya order ais kacang. Cuaca panas macam ni budak-budak memang sukalah benda-benda sejuk.

Bagi restoran ni saya rate 2/5 bintang. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…