Sambungan Cerita "Alahai Anakku"

Klik post "Alahai Anakku"

Waktu : Pukul 800 malam selepas makan malam.

Ibu : Ibu beli karipap 5, abang makan time bile?

Abang : Abang makan kat sekolah adik sebelum cikgu datang ambil. Tapi kan ibu, abang makan 3 je, lagi 2 abang letak kat tepi adik sebab adik tidur.

Ibu : Abang tak bagi cikgu kat sekolah adik ke? (Abang dengan adik sekolah berlainan, setiap pagi abang akan duduk di sekolah adik sehingga cikgu abang datang ambil jam 7pagi)

Abang : Tak. Cikgu taknak.

Ibu : Nasi lemak habis tak?

Abang : Habis ibu. Ibu beli untuk abang, mestilah habis. Abang makan waktu makan pagi.

Ibu : Sedap?

Abang : Sedap, tapi ibu masak lagi sedap.

Anak sulung saya ni bab nak jaga hati ibu memang pandai. Lepas dia cakap macam tu, terus dia peluk saya. Menangis terharu hati seorang ibu. (Dalam hati jelah, takkan nak tunjuk depan anak).

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil