Teluk Cempedak, Kuantan


Daripada Kuantan ke Teluk Cempedak hanya ambil masa 10minit gitu. Hotel paling dekat Teluk Cempedak ialah Hotel Vistana. Tapi kalau memang nak hotel bak ibarat buka pintu terus terjun laut boleh la pilih Hyatt Regency Kuantan. Hotel budget dan homestay pun ada di sini tapi tak betul-betul depan pantai, kena jalan kaki kalau nak ke pantai.

Nak masuk pantai ni kena parking. Bayaran RM2.10 (sejak sejak gst ni duit syiling memang perlu ada kat dalam dompet). Pergi awal pagi, tak berapa penuh. 


Memang cantik pantai, SubhanaAllah. Cuaca pun ok. 

Masa tengok pantai, baru perasan bahagian hujung belah kiri pantai nampak menarik. Ada di sediakan jambatan ke situ. Mohle kita ke sana.

Ni jambatannya. Yang tak berapa nak menarik, ada longkang berbau busuk di bawahnya. Air kotor itu terus mengalir ke laut. Salah satu cara paling murah untuk mengalirkan air longkang. Haishh takde ke cara lain nak buat. 

Sebelum jambatan itu, ada tempat kawasan aktiviti macam team building. Mesti ramai group company yang telah buat aktiviti di sini.

Tengah jalan jumpa Encik Nyet. Dont worry jenis jinak. Buat muka dek je bila orang snap gambar.
Bila sampai di hujung pantai, nampak signboard ni. Sesapa nak sewa bolehla ye.

Toilet disediakan di sini.

Ni tempat duduk sesapa nak sewa. Boleh buat bbq sekali di sini. Tapi rasanya kalau sekadar nak berkelah boleh je angkut tikar getah je letak tepi pantai. 

Masa kami datang ni, air surut so pantai memang jauuuhhhhh dari tempat duduk ni. 

Boleh bayangkan tak kejauhannya. Memang cantik. Anak-anak dah berlari ke pantai main pasir. Saya dan Encik Suami terpaksa start gear mengejar mereka yang berlari bak umpama burung berterbangan .. (tetiba ayat jadi bersastera, maklumlah pantai romantik sikit)

Langit biru, laut biru. Cantik.

Tempat bentang tikar paling strategik sebab redup.

Jumpa ketam mati terus bebudak buat kubur.



Jangan lupa kalau ke Kuantan, boleh pergi Teluk Cempedak 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil