Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman

Kalau nak berjalan dan menggembirakan anak- anak bawa mereka pergi zoo atau tempat mandi (pool,sungai,laut,watertheme park). Tu yang kami pegang. Sebab budak-budak memang suka kalau kita bawa mereka di tempat macam ni.

Apa lagi, mohle kita pergi ke Taman Rekreasi & Zoo Kemaman.
(Kalau sesapa nak pergi River Cruise dan tengok kelip-kelip inilah tempatnya)

Welcome welcome. 
Panas terik. Habislah pipi anak merah-merah, gen anak orang german dorang ni. Tak boleh panas.

Sila baca.

Rate murah. Lega dompet ayah.

Mula -mula naik tram. Dek kerana tram penuh, tempat duduk tak berapa nak strategik maka tak dapat nak ambil gambar kandang emu, ostrich dan kasawari. 
(Bukan ke ostrich & kasawari ni binatang yang sama?)

Tram akan berhenti ni sini. Tempat pertunjukan ular. Malas kami nak join sebab asyik berceloteh je mamat ni. Maka marilah kita berjalan dengan riang ria di bawah terik mentari

Maka binatang pertama yang kami jumpa lepas turun tram ialah : 

Ikan Arowana say hi kat kami. Besar betul ikan ni. Tapi bagus aktif berenang ke hulu ke hilir. 

Spesis lain.

Panasla tuh. Mengepak je sayap burung ni

Nampak tak saya?
 Ini ialah Sang Tapir
"Saya panas, maka saya nak berendam dahulu" kata sang tapir.

Close up sikit. Kang marah pulak Sang Tapir.

"Kakak macam mana bunyi elephant?"
Maka anak no 2 dengan bangga nya terus tiru bunyi gajah dengan nada yang kuat. Glamer jap.

Sang belang ni dari tadi ke hulu ke hilir macam tak tentu arah. Nak seberang kolam ni gamaknya. Tetiba sedang leka tengok, dia mengaum punyalah kuat. Marah ler tu sebab tak dapat nak seberang kolam ni. Tapi anak-anak semua menjerit kegembiraan . Sangka mereka Sang Belang ni menyahut dorang buat mengaum tadi.

" Kuda princess kan ibu" abang tanya.
"Princess?"
"Yelah sebab warna putih"
Banyak tengok kartun dia ni.


Taman orkid.

Orang utan buat lagak tunjuk terer duk panjat sangkar dengan muka yang sombong.

"Ibu, ni ayah chinchin kan?"
Abang merujuk kepada kura-kura yang dibela di rumah.

Ikan berenang kegembiraan.

Ni mesti jenis takleh jumpa sejenis, nak gaduh je. 
Tu yang kena kurung.

Tidur petang. Amboi amboi lepas makan tidur ye.

Sangkar burung ni memang kena naik tangga tinggi. 
Nasib pakai kasut flat.

Burung hantu.


Helang Siput.
Helang yang paling riuh rasanya. 
Nampak tak mulut dia tu terbuka, asyik menyanyi nye.

Ada taman permainan.

Ada watertheme park, tapi kami tak masuk sini sebab tak bawa baju extra.

Rate murah. Tak rabaklah poket. Sesuai bawa family.

Maka tamatlah perjalanan kami. Abang gembira sangat, tu yang jauh ke depan dah tu. 

Tempat ni kecil je. Kami mengambil masa 1jam 1/2minit je. Binatang tak banyak. Tapi kira oklah. Takdelah penat sangat nak mengejar dan dukung budak tu. Tapi dinasihatkan pakai kasut flat lebih comfortable sebab kena panjat titi. Ada jambatan. Kat sangkar burung lagi lah tinggi tangga. For me yang tak biasa pakai high heel memang sengsara. 



Nasiblah pakai kasut crocs flat ni. Kalau tidak memang pengsan dengan mengejar anak lagi.


Lagi satu yang tak best ialah ni. Tak ada kesedaran langsung.

Di sini boleh sesapa nak River Cruise dan tengok kelip-kelip. Tapi kamk tak berkesempatan lagi nak terjah ke sana. Maybe next time jika diizinkan Allah.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil