Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Warung Mee Bandung Muar Sebelah Shell, Seksyen 16 Bangi

Sabtu minggu lepas En Suami ajak breakfast kat luar. Selalunya pagi, En Suami memang malas nak keluar. Tapi sebab saya teringin nak makan capati kari kambing, so dia setuju je. Isteri nak kan. Tapi sayangnya kedai tu tutup.
En Suami pun round round sekitar Bangi, sampai lah kat Seksyen 16 Bangi. Dekat dengan Sekolah Agama Integrasi, dekat dekat Shell. Nampak lah signboard Mee Bandung Muar. Terus teringin nak makan mee bandung. Kedai ni kat area gerai makan. Kira port makan kat situlah.

Penebar roti canai. Roti canai melayu memang sedap.  Tak ambil gambar. Sedih. Sebab lupa.  Salahkan mee bandung tu sebab sedap sangat. Semua lupa
Harga RM 4.80
Segala rempah rasa semua cukup. Macam makan kat tepi Sungai Muar. Keenakan terserlah
Teh Ais. Win sangat.  Sedap. Nasib order. Berlemak. Harga ?? Murah sangat. Roti canai + mee bandung + 3kuih + mihun letak telur goreng + teh ais = RM12.80

Ucapan Delayed : Salam Aidilfitri

Fuhh back in track.Lama tak berupdate blog ni. Dah bersawang kut. Sebelum terlambat Selamat Hari Raya. #kosongkosong #syukurselalu (siap hashtag bagai).  Nak gambar raya?? Hahaha sorrylah memang tak ada gambar raya. Tak sempat nak amek dek sibuk di hari raya. Selfie pun tak ada sebab mengamalkan dasar 'me-anak-tiri-kan gadget". Gadget memang tak pegang. Kamera lagilah dah berkurun tak ada. Sejak camera hilang masa pergi holiday, memang tak beli dah. Nak cerita drama sebelum raya dan selepas rayaDrama Sebelum Raya :Hari Kejadian : Selasa (14.7.2015)
Tempat : Kediaman kami.Anak bongsu tetiba muntah-muntah dengan teruknya. Kat rumah sampai 5kali, kat klinik 2kali, balik rumah 1kali. Memang risau tak keruan dibuatnya. Pergi klinik, dia dah flat. Minta doktor keluarkan referred letter nak ke hospital. Dalam otak dah fikir, 'sah sah kena beraya kat wad'. Telefon Encik Suami suruh dia balik gak. Siap buat ugutan, "kalau tak balik, takyah balik kampung". Hahaha namp…

Kerja Part Time

Bulan ramadhan kali ni, macam biasa macam tahun-tahun lepas. Harap amalan makin bertambah. Niat. Moga memperoleh kesihatan yang terbaik moga dapat menambahkan amalan. Ameen.Cuma 2minggu pertama bulan ramadhan, En Suami tak balik. On call duty. Pasrah. Flat terus bila sampai rumah. Nasib lauk untuk makan malam dah masak time sahur. Bijak tak?. Sebab jenis tak pandai masak, so bangun sahur terus masak main dishes. So bolehlah rasa sedap ke tak lauk tu, cukup garam dan perencah ke tak. Kalau masak waku petang, sah sah hancur sebab jenis tak pandai nak sukat, Lepas masak, masuk dalam fridge, balik kerja panaskan sahaja. Sayur je masak petang tu. Kalau sayur malas nak masak, potong je timun jadikan ulam. Nasib anak-anak jenis semua pemakan sayur. Punyalah malas. Hahaha.. honestly memang penat bila sampai rumah. Train lebih crowded time puasa ni. Dan seperti biasa sah sah tak ada tempat duduk. 
Bila duduk-duduk sahaj mulalah rasa macam nak buat kelainan bulan ni. Tiba-tiba rasa macam nak ber…