Skip to main content

Ucapan Delayed : Salam Aidilfitri

Fuhh back in track.

Lama tak berupdate blog ni. Dah bersawang kut. Sebelum terlambat Selamat Hari Raya. #kosongkosong #syukurselalu (siap hashtag bagai).  Nak gambar raya?? Hahaha sorrylah memang tak ada gambar raya. Tak sempat nak amek dek sibuk di hari raya. Selfie pun tak ada sebab mengamalkan dasar 'me-anak-tiri-kan gadget". Gadget memang tak pegang. Kamera lagilah dah berkurun tak ada. Sejak camera hilang masa pergi holiday, memang tak beli dah. Nak cerita drama sebelum raya dan selepas raya

Drama Sebelum Raya :

Hari Kejadian : Selasa (14.7.2015)
Tempat : Kediaman kami.

Anak bongsu tetiba muntah-muntah dengan teruknya. Kat rumah sampai 5kali, kat klinik 2kali, balik rumah 1kali. Memang risau tak keruan dibuatnya. Pergi klinik, dia dah flat. Minta doktor keluarkan referred letter nak ke hospital. Dalam otak dah fikir, 'sah sah kena beraya kat wad'. Telefon Encik Suami suruh dia balik gak. Siap buat ugutan, "kalau tak balik, takyah balik kampung". Hahaha nampak tak kepanikkan di situ.

Hari Kejadian : Rabu (15.7.2015)
Tempat Kejadian : Kediaman Kami.

Encik Suami jaga dia kat rumah. Tak ada kejadian diingini. Tapi anak bongsu taknak makan + minum susu langsung. Hati ibu risau. Offer coklat + aiskrim pun dia taknak.

Hari Kejadian : Khamis (16.7.2015)
Tempat : Pejabat Ibu

Bawa dia pergi office. Apa-apa jadi senang. Doktor + nurse ramai. 2kali muntah before naik tren komuter. Saja bawa naik tren, nak gembirakan hati. Sampai office, offer anak bongsu beli air kotak dan biskut chipsmore. Alhamdulillah dia makan. Pergerakan dah semakin cergas. Tengah hari anak bongsu siap minta chicken chop + pasta. Mengunyah ayam depan computer ibu sambil tengok movie. Alhamdulillah sangat-sangat.

Jam : 1300
Pelepasan setengah hari balik kampung beraya.

So far dalam perjalanan balik ke kampung Encik Suami, dia okay. Cuma makan je kureng. Maybe dia fobia muntah teruk hari tu. Siap offer ayam Marrybrown pun taknak. Minum susu je.

Semasa + Selepas Raya :

Sampai kampung sah sah malam raya. 1030 malam baru sampai. Saje lepak-lepak bawa relax relax. Jalan pun dah lengang. Tak banyak kereta. Anak bongsu memang buat perangai. Berdukung memanjang dan taknak kat orang lain. So dia follow ibunya ke mana sahaja. Cuaca di kampung memang panas, tapi malam hujan lebat. Dugaan. Selera dia tak berapa nak ada. Kena paksa baru nak makan tu pun sikit. Susu pun kurang maka terjadilah penurunan berat badan yang ketara. (Anak turun berat badan, ibu naik berat badan aishh).

Nak hiburkan hati anak bongsu, belikan mainan, aiskrim dan segala bagai yang budak-budak suka. Anak sulung takyah cakap. Aktif memanjang. Pergi beraya rumah orang, dibuatnya macam rumah sendiri. Pandai bawa diri budak tu. Disebabkan terlebih berdikari dan pandai bawa diri maka terjadi lah kejadian dia dan adik dia hilang selama 8minit. Cari punya cari dia pergi rumah orang lain sebab rumah tu ada kucing. Dia dan adik dia masuk rumah orang tu, tuan rumah pun tak sedar. Haishh memang kena bersyarahlah ibunya selama 10minit.

Last before balik Terengganu anak bongsu makan dengan seleranya Nasi Dagang. Baru lega hati. Balik Kuala Lumpur singgah Kemaman. Saje sebab jalan jammed sesangat. The next day baru balik Kuala Lumpur. Ingat nak kerja, tapi mood Malas melanda, maka ditangguhkanlah.

Inilah  kisah Hari Raya Kami.

Apa-apapun Selamat Hari Raya.
XOXO

Gambar ni je dapat di ambil di kampung suami.
 Saya suka kuih ni. 
Sedap

Adik-adik kat kampung buat plan jahat, nak bagi kakak dia nanges di pagi raya dengan menghantar gambar masakan yang mama masak.

Rendang mama masak. Belum siap lagi.

Rupa bila dah siap.

Rambutan kat kampung mama.

Gambar semua adalah ihsan daripada adik saya. Dengan niat nak menjeleskan kakaknya. Kecuali gambar yang 1st tu gambar kat kampung Encik Suami.

Balik kampung, berkilo kilo badan naik. Haishh 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…