Posts

Showing posts from August, 2015

Merdeka Holiday : Pusat Rekreasi Sungai Lentang

Image
Pusat Rekreasi Sg Lentang ni kalau sesiapa yang tak tahu, terletak di lebuhraya Karak. Selalu lalu di sini balik kampung tapi tak pernah singgah. Pusat rekreasi ini terletak di sebelah kiri dari arah Karak ke Gombak. 
So here we are. Masuk adalah percuma. Tapi dah nampak dah ada pondok pengawal nak dibina di pintu masuk. Maybe after this akan dikenakan bayaran.
Tempat sini amatlah sesuai untuk keluarga. Disediakan tenpat BBQ yang dibina di sepanjang sungai, ada surau, tandas yang bersih (masuk bayar 30sen). 
Ada kawasan yang berbatu (memang cantik), dan kawasan landai. Sesuai untuk bawa budak-budak.
Kami ambil kawasan landai sebab senang nak kawal budak-budak. Jom usha gambar..



Keep calm & eat ice cream.
Kelas mengajar. Tekun budak -budak ni mendengar apa yang ayah ajarkan.

Memang menarik. Kawasan sekitar yang bersih. Yang bestnye disediakan tempat pun BBQ. Tue yang paling penting.
Kalau sesiapa yang merancang berpiknik, bolehlah pergi di sini.

Terima Kasih KTMB

Image
Al kisahnya petang tadi naik komuter dari Stesen MidValley. Tren 3koc datang. Memang waktu macam ni, tren 3koc jelah. Masuk koc wanita, rasa berbahang. Dah la ramai orang, mulalah rasa nak pitam. 
Lepas tu kawan suggestkan supaya tweet @ktmbkomuter, ialah manalah tahu kalau-kalau boleh tolong. Maka dengan panas tahap masuk dalam microwave, rasa macam nak tumbang terus tweet @ktmbkomuter. 
So sungguh efficient sekali customer service ktmbkomuter. Thumbs up. Terus ada pegawai check koc mana yang tak ada aircond dan siap pengumuman supaya berpindah ke koc 1 dan 3. Rupanya koc wanita je aircond tak berfungsi. 2kali pegawai check nak pastikan penumpang selesa.
Terima kasih @ktmbkomuter. 
p/s : kalau ada rasa ketidakpuasan terhadapa perkhidmatan buatlah aduan. Tapi gunalah bahasa yang elok. Bahasa melambangkan siapa kita. Ini tidak, bahasa kasar. Ayat kenalah betul ye. Berbudi bahasa amalan mulia (dah macam kempen berbudi bahasa la pula)

Kahwin

Image
Last 2weeks, banyak pula yang buka cerita pasal perkhawinan. Macam-macam kes. Kadangkala saya rasa macam menggerunkan. Bila nak nasihat orang lain memang pandai, memang pandai saya menenangkan hati orang. Tapi dalam hati, "Ya Allah jauhkanlah daripada semua-semua ni". 
Ada cerita isteri minta cerai suka kat lelaki lain, isteri cerita suami tak memahami dia, main balas-balas dendam balik. 
Kekadang terfikir betapa kuatnya dugaan perkahwinan ini. Terfikir kenapa jadi begitu. Minta dijauhkanlah. Aminn

Restoran Warisan, Nu Sentral

Image
Hari Jumaat lepas, saya dan kawan saya berkesempatan terjah ke Nu Sentral. Kalau sesiapa tak tahu Nu Sentral tu kat mana, Nu Sentral adalah Kompleks membeli-belah yang terletak bersebelahan dengan KL Sentral.
Kami pergi dengan menaiki Putra LRT. First tempat yang kami terjah adalah tempat makan, sebab perut dah lapar sangat, maka tengoklah map kat situ. Kat NU Sentral ada banyak tempat makan, sampai tak terpilih lagi. Food court lagi. 
Jalan punye jalan kat LG Floor, ternampaklah Restoran Warisan. Sebab target nak makan nasi, makan terus masuk.
Menariknya restoran ni, kita boleh pilih jenis nasi yang kita nak. Pilihan yang ada nasi putih, nasi pandan, nasi beras perang. Macam-macam menu ada seperti nasi lemak, nasi kukus, variety mee, western, dessert, roti jala, ubi kayu, roti bom, nasi bunga telang, ayam goreng pedas dan macam - macam lagi. 
Tenung punye tenung menu, akhirnya kami decide :
Nasi kukus beras perang + daging rendang = RM15.90 (Konon-konon nak makan sihat maka pilihlah beras p…

Kisah Cinta

Part1 : Ogos 2000
Matrikulasi Pulau Pinang.Aku sahaja je mohon matrikulasi jauh. Jauh daripada kawan sekolah. Selesai habis exam SPM, kawan-kawan kebanyakan akan pilih pusat matrikulasi belah selatan. So aku memang jenis lone ranger (aku ada pengalaman pahit pasal bestfriend) terus tanpa ragu-ragu pilih UTARA. Niat dalam hati nak mulakan kehidupan baru dan merasa merantau belah utara pula. Sekolah dah belah selatan, mohler kita ke utara. Bila dapat tahu masuk matrikulasi kat Penang, punyalah suka hati. Tak sabar nak mulakan semua benda baru termasuklah panggilan nama. Semuanya disebabkan kenangan yang begitu tidak indah masa alam sekolah menengah. 2minggu sebelum masuk, sibuk beli kain nak buat baju kuliah matriks. Dulu baju matriks, kain kosong gelap, baju kosong cair. So pilihlah 5helai, senang tak perlu nak basuh banyak kali. Beli barang apa yang patut. Bila dah complete semua, rasa lega.Hari yang dinantikan telah tiba, sampai di Matriks Penang, punyalah girang. Satu wajah pun aku…

Nostalgia Nasi Lemak Sayur Kangkung

Image
Last 2 weeks (nak cerita gak.. ) bangun pagi tetiba bagaikan wayang gambar di depan mata time sekolah dulu makan nasi lemak bungkus Kampung Baru. Terbayang-bayang weekend ayah selalu beli nasi lemak kat satu warung ni kat Kampung Baru (entah ada lagi ke tidak, lama tak jengah ke sana). Yang specialnya nasi lemak ni, peniaga tu letak sayur kangkung yang dah dicelur. Tetiba kecur air liur. Terus buka fridge, teringat sayur kangkung yang beli kat pasar malam. Bila tengok sayur kangkung tu masih segar, terus hati berbunga-bunga. Cepat-cepat keluarkan bahan-bahan apa yang patut untuk buat Nasi Lemak. En Suami dan budak-budak tidur lagi, so dengan sepantas kilat terus masak.
(Sorry, rumah saya takde fancy fancy pinggan.)
Maka terhasil lah Nasi Lemak dengan Sayur Kangkung. Senang jek. Encik Suami pelik. "Ada ke orang makan nasi lemak dengan kangkung?" Dengan confident saya cakap "adalah.." Dengan muka pelik Encik Suami makan sambil mengangguk angguk kepala. Sedaplah tu. Rasa puas…

Saya Adalah SuperHero

Image
Minggu lepas tempat kerja saya melancarkan Hari Menderma Darah. Memang tiap-tiap tahun ada menjalankan kempen ni. Tiap-tiap tahun saya menderma, dan tiap-tiap tahun lah sah sah ada masalah dengan saya. Tapi last week tak dapat pergi sebab kesihatan tak mengizinkan so melepaslah free gift special daripada jabatan yang terlibat. Rugi rugi 
Semalam pergilah ke tempat sepatutnya nak derma darah. Tiba-tiba rasa nervous lak. Bukan nebes sebab nak tengok jarum or nak cucuk jarum tu, nebes sebab takut ada apa-apa problem. Tahun lepas sampai 3kali tak lepas sebab tekanan darah rendah, kali ke4 baru lepas tu pun border.
Siap baca doa apa yang patut, sebab memang niat nak derma darah tiap-tiap tahun. Check tekanan darah 104/60
Border. Haishh dah makan kut. Check darah, Hb plak border. Nasib doktor tu izinkan derma.
Aims nak penuhkan buku, tak dapat penuhkan buku, penuhkan 1 muka surat pun jadilah (ada hati.. tekanan darah selalu fail hahaha. Yang penting, NIAT.)
Tapi lepas derma darah dan minum segela…

Tea Time : Bingka Labu Manis

Image
Petang ni buka fridge bila bosan. Sebab tengah fikir nak buat apa waktu petang. Sekali tengok ada labu dalam fridge. Alamak, macam mana boleh lupa ada beli labu minggu lepas. Aishh, nasib labu ok lagi.
Mula-mula terfikir nak buat labu masak lemak untuk makan tengah hari, tapi macam malas nak makan dengan nasi. Lepas tu terfikir nak buat pengat labu, pengukus pula tak ada. Nak buat kuih keria labu, macam malas nak menggoreng, so last sekali buat lah Bingka Labu. Sebab senang, masuk je dalam oven, lepas tu leh lepak tengok tv sampi tunggu masak.
Bahan-bahan:
1/4 labu  3/4 cawan susu cair 2 sb susu pekat 1/2 gula halus 1 cawan tepung gandum 1 sb mentega/marjerin 1 cawan santan pekat 1 sk garam Kalau nak bubuh pewarna kuning pun boleh (saya tak bubuh sebab labu saya warna kuning cantik)
Cara Nak Buat :
Rebus labu sehingga empuk.  Bila dah empuk, sejukkan. Lepas tu ambil isi labu.
Kesemua bahan di atas diblenderkan hingga sebati.
Setelah sebati, tuangkan ke dalam acuan. Pastikan acuan dah dilumurkan denga…