Skip to main content

Kisah Cinta

Part1 :

Ogos 2000
Matrikulasi Pulau Pinang.

Aku sahaja je mohon matrikulasi jauh. Jauh daripada kawan sekolah. Selesai habis exam SPM, kawan-kawan kebanyakan akan pilih pusat matrikulasi belah selatan. So aku memang jenis lone ranger (aku ada pengalaman pahit pasal bestfriend) terus tanpa ragu-ragu pilih UTARA. Niat dalam hati nak mulakan kehidupan baru dan merasa merantau belah utara pula. Sekolah dah belah selatan, mohler kita ke utara. Bila dapat tahu masuk matrikulasi kat Penang, punyalah suka hati. Tak sabar nak mulakan semua benda baru termasuklah panggilan nama. Semuanya disebabkan kenangan yang begitu tidak indah masa alam sekolah menengah.

2minggu sebelum masuk, sibuk beli kain nak buat baju kuliah matriks. Dulu baju matriks, kain kosong gelap, baju kosong cair. So pilihlah 5helai, senang tak perlu nak basuh banyak kali. Beli barang apa yang patut. Bila dah complete semua, rasa lega.

Hari yang dinantikan telah tiba, sampai di Matriks Penang, punyalah girang. Satu wajah pun aku tak kenal. Yeay, fresh start, fresh environment. Daftar terus dapat kunci. Bilik punyelah besar. Suka hati. 1 bilik 4 orang. Tapi kawan-kawan bilik belum masuk. Dalam lebih kurang 10minit, seseorang masuk. Segala benda dan barang dia bawak. Pisau, penyapu, 3 bekas baldi, beg besar, bertin biskut. Dalam kepala aku siap cakap, sah sah dia tak pernah duduk asrama. Bagi aku yang dah 2tahun duduk asrama masa sekolah menengah dah tahu dah apa yang perlu. Aku senyum jek. Tengok keluarga dia uruskan segala peralatan. Keluarga aku? Dah balik. Ala relaxlah macam tak biasa lak. Lepas tu seorang lagi masuk. Tapi agaknya budak-budak roomate aku ni semua jenis pendiam. Balas-balas senyuman je. Aku pandang sekeliling, kemas mana-mana yang patut. Aku bentang karpet kecil tepi katil. Meja studi pasang lampu. Aku kagum sebab bilik ni besar sangat, sampaikan bahagian tengah bilik tu boleh letak meja 2 pingpong.

Bila dah petang, hanya 3 orang je masuk bilik aku. Lagi satu katil kosong. Extra bed, extra wardrobe, extra space. Double yeay. Pergi bilik mandi. Waaa besar, tepi ada koridor boleh sidai baju. Masa selesai mandi, lap-lap rambut (budak-budak floor lain dah pergi ke surau), aku yang tak boleh solat ni perhati budak yang first masuk tadi, menangis. Sah tak pernah tinggalkan keluarga. Aku datang dekat. Tak boleh dibiarkan, kesian dia.

"Hai awak, saya Sya"

Budak rambut pendek kerinting pandang aku.

"Hai, aku Ida" pekat giler loghat Kedah dia. Perghh...

........ (bersambung)

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…